3 Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa

Kekal Bertenaga
Kekal Bertenaga

Kekal Bertenaga

Bulan puasa ini bukan sahaja kita diwajibkan berpuasa dari makan dan minum, malah di bulan ini jugalah yang digalakkan membuat amal dan kekal bertenaga sepanjang hari serta menahan selera seawal subuh hari sehingga menjelang maghrib. Namun, kita haruslah kekal bertenaga sepanjang hari agar tidak tergendala pekerjaan yang ingin dilakukan dan tidak mendorong kita untuk membatalkan puasa atas sebab tidak bertenaga ketika berpuasa.

Tiada alasan untuk menjadikan bulan puasa sebagai punca badan keletihan sebaliknya pada bulan puasa lah kita harus kekal bertenaga bagi merebut pahala dengan melakukan amal ibadat yang berlipat kali ganda ganjarannya. Usah memanjakan badan dengan kerap tidur dan berbaring di rumah ketika cuti pada bulan puasa. Gunakan kudrat untuk melakukan kerja-kerja harian seperti mengemas rumah dan berkebun.

Jadi, ketahui 3 tips kekal bertenaga di bulan puasa agar kesihatan anda terjaga sepanjang hari di bulan Ramadhan ini.

1. Bersahur

Pada bulan puasa adalah diharuskan untuk bersahur selewat-lewatnya sebelum menjelang subuh untuk badan kekal bertenaga di siang hari. Ia ibarat sarapan pagi yang awal yang boleh memberikan tenaga sepanjang hari. Juga disarankan agar mengambil minuman atau makanan yang bergula agar glukos dalam darah meningkat untuk badan kekal bertenaga sepanjang hari. Glukos dalam darah yang semestinya kurang di awal pagi akan terus berkurang jika tidak bersahur.

2. Banyakkan Minum Air Kosong

Sudah jadi kebiasaan jika kita lihat tatkala bulan puasa tiba pastinya air manisan menjadi pilihan orang ramai manakala air kosong dilupakan untuk kekal bertenaga. Tidak salah untuk meminum air manisan, namun air kosong juga mestilah diminum sekurang-kurangnya 6 gelas sehari. Cuaca yang tidak menentu dan selalunya agak panas membuatkan tubuh memerlukan air yang lebih untuk anda kekal bertenaga dan hidrasi.

3. Berbuka Dengan Kurma

Pengambilan kurma ketika berbuka pada bulan puasa adalah sangat digalakkan kerana kurma dapat memberi tenaga yang lebih cepat kepada tubuh setelah berpuasa sepanjang hari. Jika memulakan buka puasa dengan memakan makanan yang dimasak, badan akan cepat menjadi letih kerana penyerapan tenaga dari makanan karbohidrat yang dimasak mengambil masa lebih sedikit tidak setanding kurma yang sememangnya diakui membuat badan kekal bertenaga.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/