3 Petua Kekal Langsing

kekal langsing
kekal langsing

kekal langsing

Bagaimana cara untuk kita kekal langsing dan sihat? Adakah dengan bersenam, menjaga pemakanan dan mengambil pil atau suplemen ubat kuruskan badan? Untuk menaikkan berat badan sangat mudah dengan makan tanpa kawalan seperti makan malam dan jarang melakukan senaman. Namun cabaran yang paling hebat sekali adalah untuk menurunkan berat badan dan bagaimana untuk kekal langsing selain ianya menuntut semangat, kerajinan, menahan nafsu makan dan tahap disiplin yang tinggi.

Zaman moden ini banyak jenis makanan mengandungi bahan yang memudaratkan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita peka dan prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang berada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak (MSG) yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah obesiti dan kegemukan.

Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua kekal langsing yang sangat mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan.

Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan juga adalah jalan terbaik untuk kekal langsing dan salah satu gaya hidup sihat yang perlu diamalkan.

1. Amalkan Minum Teh Cina Tanpa Gula

Untuk kekal langsing, setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

2. Berpuasa Sunat

Cara yang kedua sebagai amalan tambahan untuk kekal langsing ialah dengan berpuasa sunat 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

3. Ubah Cara Pemakanan Dari Kebiasaan

Cara untuk kekal langsing yang ketiga ialah dengan mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu;

  • Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
  • Pada waktu tengah hari jangan makan makan makanan yang berat dan mengenyangkan, cukup sekadar makan buah-buahan atau jangan makan langsung.
  • Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
  • Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

Kesimpulannya, walau bagaimana pun yang anda lakukan untuk kuruskan badan dan kekal langsing ingat satu benda tiada jalan pintas untuk anda dapatkan hasilnya dalam tempoh yang sekejap. Semuanya memerlukan kesabaran dan istiqomah di dalam setiap apa yang anda lakukan dan bukan hanya sekadar mengambil ubat, pil atau suplemen untuk kuruskan badan sahaja. Ianya mesti dilakukan seiring dengan senaman mengeluarkan peluh yang sememangnya berkesan untuk membakar kalori dan lemak di dalam badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/