3 Tips Redakan Sakit Ulser Mulut

ulser mulut
ulser mulut

ulser mulut

Ulser mulut atau sakit mata ikan kerap berlaku ketika cuaca panas. Nak menunggu ia sembuh memang mengambil masa yang lama juga, kadang-kadang sampai berminggu-minggu. Biarpun ini bukan sesuatu yang serius dan tidak berjangkit tetapi ulser mulut sangat sakit membuatkan anda hilang selera nak makan dan rasa tidak mahu bercakap.

Ulser mulut adalah kesan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning dan selalunya membuatkan kawasan dalam mulut nampak kemerahan dan sedikit bengkak. Ia juga dikenali sebagai mata ikan di kalangan masyarakat Melayu.
Apa Yang Menyebabkan Ianya Berlaku.
Ulser mulut lebih kerap menyerang wanita berbanding lelaki. Antara punca utamanya adalah:
a) Alahan kepada makanan
b) Mulut kering (biasanya disebabkan oleh demam atau pengambilan ubat)
c) Tekanan perasaan atau stress
d) Kecederaan di bahagian dalam mulut, seperti tergigit atau melecur.
e) Kedatangan haid atau mengandung
f) Kurang tidur
Tips Redakan Sakit Ulser Mulut

1. Minum Air Kelapa.

Memandangkan ulser mulut kerap kali terjadi bila suhu badan tinggi, contohnya seperti musim panas, demam panas dan haid…jadi disyorkan anda minum air kelapa untuk sejukkan kepanasan suhu badan anda.

2. Berkumur Dengan Air Garam.

Antara petua yang paling popular untuk melegakan dan menyembuhkan ulser mulut adalah berkumur dengan air garam. Caranya ambil segelas air dan tambah sesudu garam. Kacau sehingga garam larut dan kumur. Namun bila garam terkena di tempat ulser, anda akan berasa sakit. Tetapi harus diingat, garam mampu mengurangkan jangkitan. Cara yang paling berkesan adalah meletakkan sedikit garam di atas ulser. Cara ini memang menyakitkan. Tetapi percayalah ia adalah cara paling cepat untuk menyembuhkan ulser mulut.

3. Sapu Madu.

Madu juga mampu menyembukan ulser mulut dengan mengecutkannya. Caranya anda hanya perlu mengambil sedikit madu asli dan sapukan di atas ulser. Cara ini kurang menyakitkan jadi ia sesuai untuk kanak-kanak yang terkena ulser mulut.

Semoga tips redakan sakit ulser mulut ini dapat membantu anda untuk menyembuhkan sakit ulser yang dialami. Banyakkan minum air untuk mengelak berlaku kekeringan dalam mulut yang lebih memburukkan sakit ulser.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/