3 Petua Rambut Subur

Rambut Subur
Rambut Subur

Rambut Subur

Korang tentu pernah dengar ungkapan “rambut adalah mahkota kecantikan” .  Bagi yang memiliki rambut subur sudah tentu mereka ini amat menitikberatkan hal-hal penjagaan rambut yang cukup rapi dan teliti. Tentu ramai juga yang setuju dan mungkin ada gak yang tak berapa setuju terutama para jejaka yang lebih suka membotakkan kepala.. hehe…

Dulunya admin PB pernah juga berkongsi tentang petua lebatkan rambut. Petua tu lebih kepada mereka yang memang dah ada rambut, tetapi kemungkinan nak tambahkan ‘kelebatan’ nya supaya ‘mahkota’ tu nampak lebih menyerlah.

Kali nie pula admin nak kongsi pula petua suburkan rambut, yakni ikhtiar secara tradisional untuk mendapatkan manfaat yang hampir serupa… serupa tapi tak sama. Petua rambut subur nie sasarannya lebih kepada mereka yang mempunyai rambut yang jarang.

Hmm.. kalau dilihat pada iklan dalam tv dan majalah sekarang nie tentu korang perasan bahawa satu daripada ‘masalah negara’ sekarang ialah makin ramai yang kekurangan rambut.. huhu… Makin lama makin banyak ‘stress’ agaknya kita semua nie ooppss.. hehe..

long-hair

Untuk menyuburkan rambut sebenarnya tidaklah memerlukan belanja yang mahal. Dengarnya kalau pergi buat rawatan di pusat-pusat kecantikan dan perawatan rambut tu ada yang sampai cecah kos ribu-ribu (bergantung kepada pakej)…

Hmm.. tapi kalau disenaraikan bahan-bahan ‘semulajadi’ yang digunakan dalam rawatan tu mungkin ada yang terkedu. Ramai yang mungkin akan kata “Ek eleh… kalau cam tu baik buat sendiri jer..” Buat sendiri? Hmm… lu pikirlah sendiri apsal selama tak buat sendiri… Ye lah kan selama nie memang tak tau bahan-bahan nya sebab tu tak buat sendiri.. hihi..

Di sini dikongsikan beberapa petua suburkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi. Tapi petua nie rasanya tak leh lah nak dibandingkan dengan rawatan yang dibuat di pusat kecantikan tu kerna diaorang gunakan lebih banyak bahan-bahan. Dengarnya ada yang gunakan gabungan atau kombinasi campuran sampai 20-30 bahan.

Apa sekali pun, perlu dingat salah satu kunci utama untuk mendapat hasil yang memuaskan ialah dengan melakukan petua atau perawatan nie secara rutin (kerap). Setakat buat sekali dua jer.. hmm.. jangan harap nak dapat rambut cam Maya Karin.

1. Petua Rambut Subur Guna Batang Pokok Pisang

Tebang sebatang pokok pisang dan buat lubang pada bonggolnya. Lepas tu embunkan semalaman untuk mengumpul sejumlah air pada lubang bonggol tersebut. Gunakan air tu untuk diratakan dan diramas pada rambut dan kulit kepala. Lepas selesai, bilas rambut dengan air bersih. Amalkan 3 kali dalam seminggu. In shaa Allah, rambut akan tumbuh lebat kembali.

Beautiful fasion model touches her gorgeous long hair, isolated on white

2. Petua Merawat Rambut Botak Guna Darah Ayam

Ini untuk kes yang lebih kronik bila mana rambut tu hampir botak. Petua rambut subur nie memang petua berkurun lamanya tapi ramai yang mungkin tak tahu (admin pun baru jer tahu hehe…). Caranya, kalau ada yang sanggup ler, ialah sapu atau lumurkan darah ayam yang baru disembelih dan masih segar ke kepala yang botak. Dikatakan, lepas beberapa lama kepala yang hampir botak tu akan kembali ditumbuhi rambut.

tips_for_healthy_long_hair1

3. Petua Rambut Subur Guna Aloe Vera

Ambil beberapa helai aloe vera atau lebih dikenali sebagai daun lidah buaya, cuci dengan bersih dan belah dan buang kulitnya untuk mendapatkan lendirnya. Gosokkan lendir tu dengan rata ke kulit kepala sambil dipicit-picit, diramas dan dibelai kulit kepala tu. Pastikan lendir tu betul-betul sampai ke kulit kepala hokay.. Kemudian biarkan seketika selama 15-20 minit sebelum dicuci bersih.

Style: "12.19.09 SHINING"

Cuba amalkan selama 3 hali berturut-turut dan perhatikan kesannya selepas seminggu. Dikatakan petua rambut subur nie membantu agar rambut tumbuh lebih subur dan sihat kerana lidah buaya mengandungi nutrien yang istimewa sesuai untuk rambut subur secara semulajadi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/