3 Petua Rawat Buasir

Petua Rawat Buasir

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Penyakit buasir ini selalunya membuatkan seseorang itu merasa tidak selesa dan menderita akibat kesakitan yang ditanggung jika tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Sakit buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran ketika membuang air besar. Sebab itu kita tidak digalakkan meneran terlalu lama atau pun mengangkat beban yang terlalu berat juga boleh menyebabkan masalah buasir ini.
Pada artikel kali ini, admin ingin kongsikan 3 petua atau tips untuk merawat buasir dibawah ini untuk anda yang menghadapi masalah ini.

Petua Tradisional Merawat Penyakit Buasir

Antara beberapa petua tradisional untuk merawat penyakit buasir tersebut ialah:

1. Ais Batu

Tuam ais batu ditempat buasir tersebut. Amalkan dengan kerap. Sekiranya anda mengetahui anda menghidap penyakit buasir tersebut dari awal, anda hendaklah bertindak segera dan mencegah penyakit buasir tersebut dari awal. Sebelum bertambah buruk, melarat dan terlambat.

2. Jangan Makan Makanan Pedas

Salah satu punca yang menyebabkan faktor penyakit buasir ialah makan makanan yang pedas. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan makan makanan yang pedas untuk mengelakkan penyakit buasir tersebut bertambah teruk dan melarat.

3. Daun Ungu

Anda pernah melihat daun ungu? Bagaimanakah bentuk dan rupa daun ungu? Penulis ada kongsikan gambar daun ungu tersebut. Cara-cara untuk menggunakan daun ungu ini ialah:

Cara-caranya:
1. Ambil beberapa helai daun ungu.
2. Rebuskan daun ungu tersebut sehingga mendidih.
3. Biarkan sehingga sejuk.
4. Minum air rebusan tersebut pagi dan malam.

Jika 3 petua di atas masih tidak mendatangkan kesan di dalam merawat sakit buasir ini, anda boleh pergi mendapatkan rawatan daripada klinik atau hospital agar sakit ini tidak menjejaskan aktiviti harian anda ketika bekerja.

Selamat mencuba.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/