3 Sikap Lelaki Botak Pikat Wanita

Sikap Lelaki Botak Pikat Wanita
Sikap Lelaki Botak Pikat Wanita

Sikap Lelaki Botak Pikat Wanita

Adakah anda peduli samada anda sebagai seorang lelaki botak atau memiliki rambut jika anda tidak memerlukannya langsung untuk memikat hati wanita? Kebanyakan wanita tidak begitu ambil kisah mengenai adakah lelaki tersebut mempunyai rambut yang cantik ataupun botak kerana pada ketika ini ada perkara lain yang boleh mencairkan hati mereka.

Walaupun rupa paras yang kacak dan kemas masih menjadi perhatian ramai wanita namun tahap keyakinan seseorang lelaki itu yang benar-benar memikat mata wanita. Berbeza dengan lelaki botak yang mempunyai ketrampilan dan gaya yang sungguh menggoda seperti seorang lelaki maskulin yang mempunyai aura tarikannya tersendiri.

Anda boleh ikuti beberapa nasihat berikut untuk kelihatan lebih yakin dihadapan kaum wanita sama ada anda seorang lelaki botak atau mempunyai stail rambut yang terkini.

1. Berikan Pose Yang Menarik

Anda harus bermula dengan berdiri tegak, buka postur diri anda dan jangan terlalu banyak memberikan senyuman. Kebanyakan wanita mendapati postur tubuh yang tertutup dan terlalu banyak senyum adalah merupakan ciri-ciri yang tidak disukai oleh mana-mana wanita. Berbeza dengan lelaki botak yang tidak menjadikan rambut sebagai alat atau senjata memikat wanita. Kerana bagi wanita, lelaki botak adalah seorang yang jujur dan bersikap terbuka tanpa menyembunyikan apa-apa rahsia.

2. Kurang Bercakap Dan Tumpukan Perhatian

Wanita melihat tahap keyakinan dan kuasa pada lelaki yang lebih banyak menumpukan perhatian untuk mendengar dan memberi reaksi sebelum berkata-kata. Kurang selalunya membawa maksud yang berlainan, oleh itu lebih menjadi lelaki yang kurang bercakap daripada lelaki yang pandai berkata-kata walaupun anda seorang lelaki botak dan rambut sebenarnya tidak menjanjikan yang perempuan akan terpikat dan tergoda dengannya.

3. Libatkan Diri Dengan Senaman

Berasa bagus tentang keadaan diri anda sendiri dan tubuh anda boleh membantu anda untuk menaikkan tahap keyakinan diri anda. Ini kerana selepas melakukan senaman yang sukar, tubuh anda akan membebaskan hormon endorfin yang mana meningkatkan perasaan yakin pada diri. Lelaki botak dengan badan yang sado, tegap, dan sasa menjadikan perempuan rasa selamat kerana merasakan lelaki botak ini sebagai pelindung jika ditimpa kesusahan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/