3 Tips Bijak Berbelanja

Tips Bijak Berbelanja

Tips Bijak Berbelanja

Tips Bijak Berbelanja

Zaman sekarang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat memaksa orang untuk bijak berbelanja. Bijak berbelanja dengan mengutamakan keperluan dan kehendak dapat membantu seseorang itu untuk survive dengan kehidupan di ibu kota yang kian mencabar. Dengan sistem cukai GST yang baru diperkenalkan oleh kerajaan sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada rakyat marhaen di negara kita.

Apabila tiba pertengahan bulan fikiran mula runsing kerana gaji bulanan yang semakin habis. Kadangkala ianya terjadi bukan sahaja kerana tidak bijak berbelanja dengan boros dan berhibur hingga alpa, tetapi juga kerana perbelanjaan harian serta kos sara diri yang semakin meningkat.

Baiklah, mari kita lihat 3 tips bijak berbelanja yang admin PB ingin kongsikan yang mungkin boleh anda aplikasikan dalam kehidupan harian. Semoga artikel ini dapat membuka mata anda dalam mencari idea untuk berjimat cermat.

3. Berhenti Beli Pakaian Berjenama

Antara masalah kronik yang tidak boleh ditinggalkan untuk anda bijak berbelanja sudah tentunya adalah shopping berlebihan. Kawal perasaan anda dalam membeli pakaian berjenama kerana ianya antara faktor utama yang menyumbang kepada penjimatan. Periksa almari pakaian anda di rumah, himpunkan kesemua helaian yang ada. Anda mungkin terkejut dengan sesetengah hidden treasure yang mungkin dijumpa. Padankan kesemua helaian yang ada dengan padanan berlainan untuk dipakai setiap hari. Jika tidak pasti, ambil inspirasi dari internet atau selebriti. Mix and match akan membuatkan anda tampak segar dan tampil lain seperti membeli helaian baru.

2. Hadiah Buatan Sendiri

Setiap bulan ada sahaja sambutan hari kelahiran rakan atau majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Jika dihitung kos hadiah yang diberi, jumlahnya memang mengejutkan. Untuk penjimatan dan bijak berbelanja apa kata anda buat sendiri hadiah tersebut tanpa perlu beli dari kedai? Dengan cara ini ianya bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga dapat mencabar daya kreativiti anda. Terdapat banyak idea barangan DIY seperti haruman lilin, gubahan bunga, wax rambut, bingkai atau album gambar serta perhiasan rumah yang boleh dibuat. Malahan terdapat juga idea pembalut hadiah menggunakan daun pokok yang dihias kemas tali serta bunga. Ambil inspirasi di internet dan ubah ikut gaya serta citarasa anda. Sertakan nota tulisan tangan yang sudah tentu akan menambah seribu makna serta dihargai si penerima.

3. Beri Nafas Baru Pada Perhiasan Rumah Atau Perabot

Saban tahun terutama menjelang raya perabot serta perhiasan rumah sering bertukar baru. Alasan yang diberikan adalah bosan dengan suasana rumah yang tidak berubah. Harga yang mencecah ribuan ringgit tidak menjadi halangan sehinggakan ada yang sanggup berhutang asalkan rumah terhias baru. Gunakan duit dengan bijak tanpa perlu berbelanja lebih. Untuk bijak berbelanja, anda boleh beri nafas baru kepada perabot lama anda dengan mengecat warna lain serta mengubah kedudukan asal ikut kepada daya kreativiti anda. Jika anda berani, catkan perabot dengan warna elektrik yang sudah tentu akan membawa kelainan kepada hiasan rumah anda. Hiasan rumah juga boleh diguna pakai dengan idea berlainan. Teliti setiap aspek rumah anda, fikir di luar kotak fikiran akan kegunaan perabot yang boleh diberi nafas baru. Percayalah ianya akan menjimatkan banyak wang anda kerana kos yang berkurangan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/