3 Tips Jadi Wanita Seksi

Wanita Seksi
Wanita Seksi

Wanita Seksi

Wanita seksi adalah impian setiap lelaki untuk memilikinya. Tetapi definisi wanita seksi berbeza mengikut citarasa masing-masing. Ada lelaki melihat wanita yang menutup aurat itu wanita seksi dari pandangan matanya. Manakala ada lelaki yang sukakan wanita seksi yang berpakaian menjolok mata sehingga mendedahkan bentuk tubuh badan wanita pada pandangan mata mereka.

Walau apa pun definisi anda terhadap wanita seksi apa yang pasti jangan sampai wanita seksi ini berpakaian menjolok mata ketika di bulan Ramadhan. Wanita seksi di mata suami itu adalah wanita yang mencium bau syurga. Pastikan anda sebagai wanita tidak diekploitasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menjadikan anda wanita seksi sebagai objek seks mereka.

Siapa di antara anda yang tidak mahu kelihatan seksi? Ada yang menganggap penampilan seksi itu penting untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, perkataan wanita seksi itu sering disalahertikan dengan pakaian yang menjolok mata. Tahukah anda seksi boleh merujuk kepada senyuman mahupun cara anda bercakap? Sebenarnya, ada caranya untuk menjadi wanita seksi tanpa mendedahkan aset berharga anda.

Mari kita lihat 3 tips untuk jadi wanita seksi di mata pasangan atau suami anda.

1. Yakin dan Bijak

Sifat ini merupakan keseksian yang sangat effortless. Lelaki memandang wanita yang yakin dan berdikari sebagai seksi. Minum sambil membaca buku seorang diri di kedai kopi dirasakan berani oleh lelaki kerana keselesaan dan keyakinan wanita membawa diri walaupun berseorangan. Lelaki turut suka berdamping dengan wanita seksi yang pandai kerana isi-isi yang diberikan ketika berkomunikasi sangat bernas dan masuk akal. Dan itu sudah cukup bagi lelaki menggelar anda sebagai seorang yang cukup seksi.

ed5ec540e23b3986f3366d365ff7fc1f

 

2. Rona Merah

Ramai yang bersetuju rona merah mempunyai aura sensualnya yang tersendiri. Tak kira sama ada warna merah menyala dioleskan pada bibir ataupun dikenakan sebagai pakaian dan kasut, ia mampu menaikkan ghairah lelaki. Untuk jadi seksi, cubalah bergaya ‘merah’ hari ini dan nantikan sahaja pujian daripada si dia.

ys6002sr

3. Fabrik Renda

Mungkin kerana banyak pakaian tidur yang seksi berunsurkan renda, membuatkan busana les mampu menonjolkan keseksian wanita. Pakaian berenda turut memberikan gaya vintaj yang dipandang seksi oleh kaum lelaki. Tapi ingat berpakaian tidur hanya untuk suami di bilik tidur sahaja jangan anda salah anggap dengan admin pulak untuk jadi seksi. Hehehe..

Wanita Seksi

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/