3 Tips Lebatkan Bulu Kening

Tips Lebatkan Bulu Kening
Tips Lebatkan Bulu Kening

Tips Lebatkan Bulu Kening

Kalau dulu ramai yang nak bulu kening halus dan terbentuk atau dengan kata lain,‘kening satu line’. Berbeza pula dengan trend sekarang, masing-masing sibuk mahu memiliki bulu kening lebat dan tebal ala-ala orang Arab. Bulu kening umpama ‘tingkap’ kepada kecantikan mata kita. Mempunyai bulu kening yang lebat kelihatan sangat natural dan nampak asli.

Apabila berbicara tentang kecantikan, ramai yang bersetuju untuk mencuba cara tradisional.Selain bahan-bahanya mudah didapati, ia juga tidak akan memberi kesan sampingan seperti bahan kimia yang lain. Jadi, ia sangatlah selamat untuk digunakan.

3 tips atau petua melebatkan bulu kening adalah seperti dibawah ini :

1. Minyak Lemak Ayam

Sapukan lemak ayam pada bulu kening anda. Amalkan dua kali sehari. Macam tak masuk akal kan petua ini. Tetapi, ada selebriti tempatan yang pernah mencubanya dan hasilnya memang betul lebat.

2. Daun Lidah Buaya

Ambil daun lidah buaya, ramaskan hingga melekit dan sapukan di kening anda setiap malam. Anda akan berasa sedikit gatal tetapi ia akan memberikan hasil yang mengagumkan.

3. Minyak Buah Keras

Anda perlu buang dulu kulit buah keras. Kemudian bakar buah keras tadi sehingga hitam dan keluar minyaknya. Sapukan minyak buah keras pada bulu kening anda dua kali sehari. Amalkan selama seminggu.

 

Tips Melukis Dan Membentuk Bulu Kening 

Bukan semua wanita memiliki bulu kening yang lebat atau tebal secara semulajadi. Bagi wanita yang memiliki bulu kening nipis dan sedikit, pensel kening boleh digunakan untuk mencantikkannya.

Terdapat lima bentuk kening yang asas iaitu kening yang berbentuk normal atau biasa, serong, bersudut, melengkung dan lurus. Saiz bulu kening pula dikategorikan kepada tiga iaitu tebal, nipis dan sederhana. Apabila membentuk bulu kening hendaklah disesuaikan dengan bentuk muka, dahi dan juga mata individu berkenaan. Bahkan saiz bulu kening hendaklah sepadan dengan muka. Adakalanya, saiz bulu kening bergantung kepada kehendak seseorang dan boleh juga dipengaruhi kehendak fesyen terkini.

  •  Bagi bentuk wajah yang panjang sesuai dengan bentuk kening yang lurus.
  • Muka bulat sesuai dengan bentuk melengkung.
  • Muka segi empat amat sesuai dengan bentuk kening bersudut.
  • Muka segi tiga sesuai dengan bentuk melengkung.
  • Dahi rendah dan sempit sesuai dengan bentuk kening yang melengkung sedikit.
  • Mata yang rapat sesuai dengan bentuk lengkungan yang tinggi dengan jarak di antara kening dilebarkan dan hujungnya dipanjangkan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/