3 Tips Menggembirakan Suami

Tips Menggembirakan Suami
Tips Menggembirakan Suami

Tips Menggembirakan Suami

Nak tahu tips mudah menggembirakan suami? Di dalam kehidupan rumahtangga, seringkali hanya si suami yang mengambil inisiatif untuk menggoda isteri mereka, itu pun ketika berkehendakkan hubungan seks. Bagaimana pula jika anda sebagai isteri mengambil watak untuk menjadi penggoda dan menggembirakan suami untuk mewujudkan kembali keintiman di dalam rumahtangga yang telah lama terbina.

3 tips mudah menggembirakan suami

Sebenarnya mudah sekali untuk menggoda dan menggembirakan suami sekaligus membuatkan suami semakin sayang dan menghargai anda.

1. Suka Dipuji

Seperti juga anda, sebenarnya kaum lelaki juga gemar dipuji, apatah lagi apabila pujian anda bersangkut paut dengan sifat maskulin beliau. Jadi selepas ini jangan segan silu untuk memuji dengan tujuan menggembirakan suami anda. Pujian anda akan membuatkan mereka berasa sangat dihargai sebagai seorang ketua keluarga yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab berat yang dipikulnya.

2. Tidak Suka Perkara Rutin

Kaum lelaki juga tidak suka perkara yang rutin. Kadang-kala mereka inginkan pembaharuan, tidak kiralah di dalam kehidupan seharian berumahtangga atau ketika melakukan hubungan seks. Untuk menggembirakan suami, cuba wujudkan kembali suasana ketika sedang mabuk dilamun cinta dahulu. Layan si dia seperti mana anda melayannya ketika bercinta. Kerana itu juga anda tidak perlu terkejut jika suami anda mencuba sesuatu yang baru atau melakukan hal-hal yang spontan. Misalnya tiba-tiba sahaja beliau ingin anda berpakaian seperti jururawat sebelum melakukan hubungan seks.

3. Mula Ambil Berat

Kaum lelaki akan merasa senang jika anda mengambil berat tentang apa yang dilakukan beliau, seperti dari aspek pekerjaan atau kenalan beliau. Bagi kaum lelaki ini adalah salah satu cara untuk berkongsi dengan anda. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati di dalam perkara ini kerana walaupun kaum lelaki suka anda mengambil tahu tentang apa yang dilakukannya, beliau tidak suka anda mencampuri urusannya.

Ini hanyalah beberapa tips mudah untuk anda amalkan supaya anda dapat menggoda kembali dan menggembirakan suami.

Terdapat banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan untuk kembali menyemarakkan kebahagiaan rumahtangga yang akan admin PB sentuh dalam artikel yang akan datang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/