3 Tips Putus Kasih Cara Baik

Putus Cinta
Putus Cinta

Putus Kasih

Putus kasih adalah sesuatu perkara yang paling menyakitkan hati lebih-lebih lagi pertama kali bercinta dan menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Biasanya putus kasih berlaku apabila seseorang itu ditangkap curang, tidak serius dalam perhubungan dan kehadiran orang ketiga.

Kadangkala kita sering tertanya-tanya kenapa hubungan cinta yang dibina sering terputus di tengah jalan. Putus kasih kerana sering ditinggalkan pasangan atas alasan yang tidak munasabah, atau si dia tiba-tiba bersikap dingin tanpa menyuarakan sebab? Sebelum menunding jari ke arah pasangan anda, ikuti dahulu 3 tips putus kasih cara baik yang diberikan oleh admin agar hubungan yang dibina tidak diakhiri dengan perbalahan yang meleret sepanjang hayat.

1. Muhasabah Diri
Sememangnya menjadi lumrah untuk kita menyalahkan seseorang atas sesuatu kegagalan dan terjadinya putus kasih ini, begitu juga dalam perhubungan. Apabila ianya hancur atau putus kasih di tengah jalan, kita cepat menunding jari ke arah pasangan tanpa membuat refleksi diri. Ya, mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan pasangan anda, tetapi kita juga haruslah meneliti akan kesalahan yang dilakukan sendiri. Tidak mustahil ianya akan membawa jawapan kepada persimpangan yang dihadapi dalam perhubungan anda.

2. Saling Berkomunikasi
Komunikasi merupakan elemen yang amat penting dalam sesuatu perhubungan untuk mengelakkan anda daripada putus kasih. Saling berbicara mengenai perasaan atau ketidakpuasan hati yang terpendam adalah sesuatu yang menyihatkan. Ianya membantu anda untuk lebih mengenali serta memahami pasangan secara mendalam. Janganlah takut untuk berterus-terang kerana ianya hanya akan meninggalkan luka di hati seterusnya mewujudkan perasaan negatif yang memakan diri.

3. Bertolak Ansur
Perhubungan yang utuh bukanlah berdasarkan kepada cinta sahaja, tetapi juga tanggungjawab serta sifat tolak ansur kepada pasangan. Kehidupan berpasangan bermaksud penyatuan dua insan yang berlainan watak serta cara, jadi ianya adalah lazim untuk setiap pasangan bertekak kerana citarasa yang berbeza. Di sinilah sikap tolak-ansur memainkan peranan. Saling memberi dan menerima serta mengalah bukanlah bermaksud anda tiada pendirian, tetapi lebih kepada adat perhubungan yang harus diterap untuk menjaga hubungan daripada anda merelakan diri anda putus kasih.

Jagalah hubungan anda dengan pasangan sebaik mungkin. Belajar menghargai seseorang yang hadir di dalam hidup kita agar dia merasa kita sebagai orang yang teristimewa melengkapi hidupnya. Jangan sesekali ambil mudah jika berlaku masalah atau perselisihan faham kerana ia akan menyebabkan anda menyesal sepanjang hidup akibat putus kasih.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/