29 Tips Bercinta

29 tips bercinta

29 tips bercinta

Setiap insan yang dilahirkan dimuka bumi ini sememangnya mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai. Hidup bersendirian tanpa kawan atau pasangan bukanlah suatu kehidupan yang baik lebih-lebih lagi jika kita ingin berkongsi rasa cinta dan kasih sayang.

Adalah menjadi harapan buat pasangan yang baru bercinta agar kehidupan yang dibina dan didambakan ini akan dapat meraih kebahagiaan bersama hingga ke penghujung nyawa. Walaubagaimanapun, tidak semua harapan yang ingin dimiliki itu akan terlaksana kerana di sepanjang perhubungan sudah pasti anda akan menemui pelbagai macam dugaan dan rintangan yang bakal menguji kesetiaan sesebuah pasangan.

Sehubungan dengan itu, di bawah ini terdapat 29 Tips Bercinta yang boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pasangan yang bercinta agar hubungan yang dibina akan terus kukuh, intim dan bahagia.

1 – Setiap jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Setiap insan perlu berusaha untuk mencari jodohnya kerana biasanya pasangan atau jodoh itu sudah sedia menanti.

2 – Berusaha dan berdoa selalu agar dipermudahkan Allah untuk anda mencari jodoh yang terbaik dalam hidup.

3 – Jangan mudah berputus-asa sekiranya anda masih gagal menemui jodoh. Sebaliknya, teruslah berusaha sampai anda bertemu jodoh.

4 – Latih diri anda seperti magnet yang mampu menarik atau mendekatkan bakal pasangan anda kepada anda.

5 – Bersihkanlah hati anda dari perkara-perkara negatif terhadap orang lain agar mudah bagi anda nanti untuk mencari atau menerima jodoh.

6 – Dekatkan diri anda kepada Allah dengan sentiasa mengamalkan ibadah, beristighfar, solat taubat, membaca Al-Quran, meminta maaf, memaafkan orang lain, berfikiran positif dan bersedekah agar mudah disayangi oleh orang-orang disekeliling anda.

7 – Didik hati supaya sentiasa menyayangi orang lain agar menarik sayang terhadap anda dan jangan ada perasaan benci terhadap orang lain, dikhuatiri juga pasangan anda akan membenci anda.

8 – Selalu bersedia untuk berjumpa dengan pasangan pada bila-bila masa sahaja. Tanggapan pertama adalah penting. Oleh itu jagalah penampilan anda dan lakukan yang paling menarik buat si dia.

9 – Tarikan pertama lelaki ialah dengan caranya berpakaian manakala bagi wanita pula tarikan pertamanya terletak di wajah dan bentuk badannya.

10 – Sentiasa bersedia dan membuka hati apabila menerima cinta. Cinta boleh pada bila-bila masa sahaja dan cinta dengan mudah akan datang kepada mereka yang sentiasa membuka minda dan hatinya.

11 – Cinta bermula dari mata dan jatuh ke hati. Perhebatkanlah hubungan mata agar biar dia tahu anda serius untuk berkasih sayang bersamanya.

12 – Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah hasrat murni dan kasih sayang anda terhadap pasangan dengan gelombang ini secara berterusan sehingga berjaya.

13 – Jangan lewat untuk menyatakan hasrat murni anda kepadanya dikhuatiri kelak nanti anda patah hati dan kecewa.

14 – Bagi lelaki mereka sentiasa beranggapan lelaki sahaja yang seharusnya memulakan perkenalan malah yang sebenar memulakannya ialah wanita. Tidak salah untuk wanita memulakan usaha sesuatu perkenalan.

15 – Melatih diri berkomunikasi menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan terhadap pasangan dengan semangat dan mesra. Cuba elakkan diri anda bercakap sambil lewa dan tidak sopan kepadanya.

16 – Semasa berbual dengannya, beri tumpuan dan fokus dengan apa yang disukainya. Janganlah anda mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan minat dan perasaannya.

17 – Layan bakal pasangan anda seolah-seolah seperti kawan lama anda yang pernah anda kenali. Bentukkan suasana keintiman agar dia akan berasa selesa dan dekat dengan diri anda selalu.

18 – Makin mudah kita berkongsi berkongsi hal peribadi yang munasabah kepada pasangan maka makin mudahlah pasangan kita untuk menceritakan hal dirinya.

19 – Sentiasa berdoa dan melatih diri agar kita mudah untuk bergaul dan mendampingi orang lain. Seterusnya yang paling utama ialah diri kita ini amat disenangi oleh rakan-rakan.

20 – Berikanlah perasaan sayang agar kita mudah mendapat sayang dari semua orang. Sikap membenci terhadap sesiapapun bakal mengundang perasaan benci dari pasangan dan menyebabkan orang lain pun tidak tertarik dengan kita.

21 – Kepada wanita jangan terlalu menjual mahal terhadap pasangan. Tetapi, nyatakan dengan berhemah kepadanya yang anda amat sukar untuk menerima atau berkenalan dengan lelaki lain.

22 – Wanita yang berketrampilan ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian amat disukai oleh kebanyakan lelaki.

23 – Begitu juga dengan lelaki, wanita mudah tertarik dengan lelaki yang memberi perhatian, penghormatan dan penghargaan kepada mereka. Pesanan buat lelaki, jangan ada sikap kedekut dan berjimat yang keterlaluan.

24 – Lelaki yang bertanggungjawab ialah lelaki yang peka terhadap kerenah, perasaan, kehendak, pemikiran, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

25 – Andai ada pasangan buat kesalahan atau kesilapan, perbetulkan dia dengan secara berhemah. Jangan sesekali memalukan atau mengutuk pasangan.

26 – Wanita amat menyanjungi lelaki yang mudah tersenyum, mempunyai wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan.

27 – Pasangan akan berasa bahagia apabila kedua-duanya mempunyai sifat, tindakan dan minat yang sama. Walaubagaimanapun, terlalu banyak persamaan boleh membosankan.Banyak sangat perbezaan pun boleh menyesakkan. Maka adalah perlu kedua-dua pasangan bijak untuk menyeimbangkannya agar kehidupan akan dapat berjalan dengan baik.

28 – Anda belum tentu mengenal rapat dengan bakal pasangan, apapun anda perlu untuk menyatakan yang anda sering rasa dan berfikir seperti apa yang dia rasa dan fikir. Proses ini boleh meningkatkan keserasian dalam perhubungan anda.

29 – Akhir sekali, kepada pasangan yang baru belajar dan serius ingin bercinta cubalah hayati atau mendalami ayat di bawah ini :

“Perempuan membentuk hubungan melalui perbualan dan percakapan dan lelaki membina hubungannya dengan melakukan sesuatu aktiviti secara bersama”.

pakej pengedar pheromiss

P/S : Anda nak tahu Rahsia Wangian Hormon Pemikat Wanita yang mampu memikat & menggoda jiwa wanita. KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/