4 Baik Buruk Dapat Kekasih Kaya

Kekasih Kaya
Kekasih Kaya

Kekasih Kaya

Apakah kebaikan dan keburukan jika kamu mempunyai teman lelaki atau kekasih kaya? Dari sudut positifnya pasti banyak yang kamu akan ceritakan dari segi perbelanjaan duit poket yang mewah, shopping barangan berjenama dan mahal serta pergi bercuti di tempat-tempat yang eksklusif dan mewah.

Tetapi tahukah kamu tak semua kekasih kaya akan memberikan kamu kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang masa. Ini kerana kekasih kaya biasanya dia sangat sibuk menguruskan perniagaannya. Masa kekasih kaya kamu amat terhad dan dia lebih rela memberi kamu wang ringgit untuk kamu pergi shopping berseorangan. Begitu juga tahap kesetiaan kekasih kaya kamu, dengan kemewahan dan kekayaannya dia sering menjadi sasaran gadis-gadis mata duitan di luar sana untuk cuba berdamping dengan kekasih kaya kamu.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 4 baik buruk kamu punyai kekasih kaya dan kamu harus nilaikan sendiri adakah kekasih kaya kamu sekarang sama seperti yang admin nyatakan di bawah ini atau sebaliknya.

KEBAIKAN

1. Swipe sahaja!

Semudah A, B dan C untuk kamu mendapatkan apa sahaja kemahuan diri kerana kekasih kaya kamu tiada masalah untuk swipe kad kreditnya untuk yang tercinta. Teman-teman kamu mungkin  cemburu dengan apa yang kamu dapat.

2. Masa Depan Terjamin

Jika panjang jodoh kamu berdua ke jinjang pelamin perginya. Ini merupakan impian setiap gadis bagi menjamin masa depan. Tidak kira si gadis mempunyai kerjaya ataupun tidak, setidak-tidaknya kamu boleh beli baju yang branded untuk si comel kamu kelak. Kekasih kaya kamu pastinya sudah menyediakan kereta mewah dan mahligai bak istana untuk kamu tinggal di sana kelak.

KEBURUKAN

3. Cemburu

Apabila cemburu buta menguasai diri, mulalah berasa insecure. Ya lah, si dia punya segalanya, mana mungkin tidak ada peminat. Kadang-kadang perasaan insecure kamu itu yang berlebih-lebih padahal si dia tidak begitu.

4. Playboy 

Segelintir lelaki bila sudah ada kedudukan dan kerjaya, mereka cenderung untuk mendapatkan lebih dalam apa saja yang dilakukan termasuklah cinta. Mungkin perasaan insecure kamu itu betul? Tidak pelik kalau kamu dibuang begitu sahaja kerana kekasih kaya kamu jenis kaki perempuan ini gemar berfoya-foya dengan ramai perempuan daripada setia pada yang satu.

Tidak salah kalau kamu nak dating kekasih kaya, cuma jangan jadikan wang itu perkara utama dalam memilih pasangan hidup. Kerana kelak kamu sendiri yang akan merana. Kenali lelaki itu dengan sebaik-baiknya. Kata orang instinct orang perempuan kadang-kadang ada betulnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/