4 Cara Atasi Masalah Orang Ketiga

Orang Ketiga
Orang Ketiga

Orang Ketiga

Selalu kita dengar masalah penceraian yang berlaku adalah berpunca dari masalah orang ketiga. Orang ketiga adalah orang yang hadir di dalam hidup suami atau isteri saat rumahtangga berada di dalam pergolakan. Di sini lah bermulanya episod curang, bermain kayu tiga dibangkitkan sedangkan masing-masing sudah tiada perasaan cinta lagi untuk menyelamatkan institusi perkahwinan yang dibina sekian lama.

Pasti luluh hati mengetahui bilamana lelaki kesayangan anda mempunyai orang ketiga iaitu kekasih lain dan anda bukan lagi keutamaan si dia. Jika anda menghadapi masalah orang ketiga hadir dalam hidup suami anda jangan ambil langkah terburu-buru dengan memaksa, mendesak suami menceritakan dan membuat keputusan untuk lepaskan anda. Hadapi situasi ini dengan sabar dan tenang secara profesional In Shaa Allah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Mari ketahui bagaimana menghadapi masalah orang ketiga dengan penuh karisma.

1. Elak Drama
Bila hati kecewa dan marah, sukar untuk mengawal perbuatan. Namun, inilah masanya untuk cuba menjadi wanita yang kuat. Jangan sesekali ‘menyerang’ orang ketiga itu dan menimbulkan kekecohan. Jika tindakan anda mengabaikan wanita itu tidak berjaya dan dia menganggu kehidupan, dapatkan khidmat guaman. Anda perlu juga menegakkan hak sebagai seorang wanita.

2. Bagi Tempoh
Jika anda ingin memberi si dia peluang kedua dan meminta dia memutuskan hubungan bersama orang ketiga itu, tetapkan ‘deadline’. Jangan biar hubungan tiga segi ini berlanjutan kerana ia boleh menjadi duri yang lebih tajam dalam hubungan anda dan pasangan. Pasangan anda pasti akan membuat keputusan yang cepat dan betul jika hatinya masih menyayangi anda.

3. Abaikan Wanita Itu
Kadang kala, apa yang orang ketiga mahukan dari anda hanyalah perhatian semata-mata. Justeru, elak daripada memberi apa yang diingininya. Mengabaikan kehadiran wanita itu juga membuatkan anda lebih tenang dan menjaga maruah anda sebagai wanita.

4. Berterus Terang Dengan Pasangan
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerana itu, jangan pernah hanya menyalahkan sebelah pihak. Duduk berbincang dengan pasangan dan pastikan dia tahu yang anda tidak senang dengan perihal orang ketiga ini. Diakui sukar untuk mengawal emosi anda kerana dikhianati, namun pertengkaran hanya akan menyebabkan masalah bertambah rumit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/