4 Cara Mudah Jimat Duit

Jimat Duit
Jimat Duit

Jimat Duit

Jimat duit bukan sahaja boleh kita amalkan dengan cara menabung tetapi juga banyak cara yang boleh kita lakukan bagaimana untuk jimat duit dalam menjalani kehidupan seharian seperti contoh catu perbelanjaan harian dengan membeli barang-barang yang hanya betul-betul perlu sahaja.

Orang yang pandai jimat duit mempunyai masa depan yang agak senang di kemudian hari. Dengan jimat duit juga sebenarnya dapat merealisasikan impian seseorang seperti menyimpan duit dengan niat untuk menunaikan haji atau umrah juga jimat duit dengan menyimpan untuk membeli sesuatu barang yang agak mahal dan sangat-sangat diidamkan dalam hidupnya.

Barangkali ramai tidak menyedari bahawa dengan amalan jimat duit atau menabung mereka mampu untuk berjimat dengan melakukan perkara paling asas dalam hidup seperti 4 cara mudah jimat duit berikut:

1. Ketahui Apa Yang Ada Di Dalam Almari

Dengan mengenal pasti pakaian apa yang anda miliki tersimpan di dalam almari, ia boleh jimat duit anda dengan mengelakkan anda membeli barangan yang sama. Selain itu, anda boleh membeli pakaian yang boleh dipadankan dengannya dari segi rona mahupun corak berlainan.

2. Tutup Suis Dan Cabut Plug Jika Tidak Digunakan
Untuk jimat duit daripada membayar bil elektrik yang mahal pada tiap-tiap bulan, tutup suis dan cabut plug yang anda gunakan ketika mahu keluar dari rumah. Suis yang terbuka menyebabkan perkhidmatannya tetap dicaj secara berterusan. Hanya buka suis yang anda perlukan sahaja seperti suis peti ais sudah pasti anda tidak boleh menutup kerana bimbang makanan atau bahan basah busuk.

3. Rancang Menu Harian
Dengan mengetahui awal apa yang ingin dimasak, dengan cara jimat duit ini dapat membantu anda mengelakkan diri daripada berlakunya pembaziran akibat membeli barang mentah yang tidak digunakan kerana ia cepat rosak dan tidak bertahan lama yang terpaksa dibuang.

4. Periksa Tayar Kereta
Tidak perlu meminta mekanik untuk memeriksa tayar untuk anda. Tentu anda hairan apa kaitan jimat duit dengan periksa tayar kereta kan? Periksa kadar angin kerana tayar yang lembik menyebabkan penggunaan minyak kereta yang lebih tinggi. Ia juga bagi mengelakkan tiub di dalam tayar mudah rosak.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/