4 Ciri Lelaki Gagah

Lelaki Hebat
Lelaki Gagah

Lelaki Gagah

Untuk menjadi lelaki gagah, anda mungkin sentiasa berfikir tentang kegagahan pada diri sahaja bukan? Ketulan otot pada lengan dan sixpack pada perut belum tentu membuatkan anda seorang lelaki yang kuat dan hebat. Bagaimana nak tahu anda seorang lelaki yang gagah, kuat dan hebat atau tidak??

Definisi lelaki gagah bukan sahaja terletak kepada tenaga dan ketulan otot pada badan seorang lelaki, tetapi lelaki gagah mencakupi semua aspek termasuk aspek jasmani dan rohaniah. Lelaki gagah mampu bangun subuh untuk menunaikan solat subuh, lelaki gagah mampu ringankan tulang menolong isteri membuat kerja rumah dan lelaki gagah juga mampu menjadi seorang imam memimpin isteri dan anak-anak untuk solat berjemaah bersama-sama di rumah.

Selain di atas tadi, mari admin kongsikan 4 ciri-ciri lelaki gagah dibawah ini.

1. Pandai Ambil Hati

Ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan sebagainya. Lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah tampan, kekayaan, kedudukan, baik dan sebagainya. Tetapi dalam ribuan lelaki, bukan semua memilikinya.

Ada yang dilahirkan dengan wajah biasa-biasa saja dengan pekerjaan yang biasa juga. Semua ini membuatkan ada lelaki berasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki hebat dan gagah. Namun tidak mustahil anda juga boleh menjadi lelaki yang hebat di mata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalunya. Mungkin anda tidak dapat menandingi semua kekayaan dan ketampanan tetapi cukuplah sekadar anda memiliki hati yang hebat.

2. Ambil Berat

Biarpun sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. Jangan sesekali mengambil kesempatan kerana ia akan hanya menunjukkan kelemahan anda di mata mereka.

Jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, sanggup berkorban apa saja demi menjaga hati pasangan. Menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksanakannya mungkin agak sukar. Namun begitu, lelaki hebat tidak akan teragak-agak berbuat demikian kerana mereka tahu, penghabisannya sangat berbaloi. Diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa saja untuk anda, sama seperti anda yang sanggup berbuat apa saja demi menjaga hatinya.

3. Kehebatan Terserlah

Lelaki gagah di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang membantu pasangannya, baik di luar mahu pun di dalam rumah. Lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya atau berbuat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pun.

Tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan zaman dahulu yang perlu memikul tombak, menghunus keris dan membiarkan pasangan membuat semua kerja di dapur sendiri sebaliknya lelaki gagah masa kini adalah lelaki yang rajin tulang membantu pasangannya. Jika anda sudah ada ciri ini, anda adalah lelaki hebat di mata wanita.

4. Tahu Bezakan Perkara Baik Dan Buruk

Menjadi lelaki yang hebat juga bermakna anda tahu membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah memikirkan apakah kesannya kepada pasangan, adakah ia akan mengguris hati mereka dan mencacatkan hatinya yang tulus suci menyintai anda dan sebagainya.

Menjadi lelaki yang baik adalah bagaimana anda tahu menjaga hati pasangan sebaik mungkin. Percayalah, bila anda pandai menjaga hatinya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. Sebenarnya, ramai lelaki yang gagal berbuat begini kerana kebanyakan lelaki lebih suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/