4 Fakta Berkenaan Sujud

sujud
sujud

sujud

Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk solat 5 waktu. Diantara gerakan solat adalah dengan melakukan sujud. Sujud adalah waktu yang terbaik untuk kita berdoa, mengadu dan memohon sesuatu kepada Allah SWT. Menurut kajian secara saintifiknya dengan melakukan sujud ketika seseorang itu solat ianya banyak memberi manfaat dari segi kesihatan dan perubatan.

Kali ini admin ingin kongsikan 4 fakta ilmiah berkenaan kebaikan sujud kepada kesihatan tubuh badan kita :

1. Sujud Membantu Melancarkan Pengaliran Darah Ke Otak

Dengan melakukan sujud ia membantu melancarkan pengaliran darah ke otak dan juga pengaliran darah ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen berupaya mengalir secara maksima ke otak. Kerana itu lakukan sujud dengan tuma’ninah agar darah mengalir deras dengan memenuhi kapasitinya ke otak. (Dr. Fidelma, Pakar Neurologi dari Amerika)

2. Sujud Memberi Kecerdasan

Apabila otak mendapat darah baru yang kaya dengan oksigen, maka ianya dapat mendorong mempercepatkan sel-selnya bekerja dengan pantas. Dengan kata lain, sujud yang tuma’ninah dengan terus menerus dapat memberi kecerdasan kepada seseorang itu. (Prof. Sholeh, Harvard University, AS)

3. Menguatkan Otot Pada Tubuh Badan

Dengan bersujud ia sebenarnya melatih menguatkan otot-otot pada tubuh badan, termasuk otot dada, dimana terjadi kontraksi pada otot tersebut. Kebiasaannya dengan bersujud ianya dapat mengembalikan serta mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya kembali.

4. Menghalang Kesan Radiasi Teknologi Listrik

Radiasi yang ditimbulkan oleh teknologi listrik dapat memberikan kesan sampingan dan membahayakan organ-organ tubuh, terutama otak. Dimana kalau dibiarkan akan menimbulkan penyakit kejang otot, radang tenggorok, mudah lelah, stress dan migrain. Dengan bersujud ketika menunaikan solat, ia akan membebaskan ion-ion positif yang ada di dalam tubuh kita akan mengalir ke bumi, kerana bumi adalah tempat ion-ion negatif. Maka terjadilah proses neutralisasi radiasi listrik dan magnet tersebut. Sujud yang sempurna adalah dengan meletakkan 7 anggota badan (dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua kaki) ke bumi. (Dr. Muhammad Dhiyaa’uddin Hamid, Pakar Biologi Lembaga Penelitian Teknologi Radiasi)

Kesimpulannya, setiap pergerakan di dalam solat seperti rukuk, duduk di antara 2 sujud (tahiyat awal dan tahiyat akhir) serta sujud adalah satu bentuk senaman yang menggerakkan tubuh badan dan memberi regangan otot-otot. Ianya bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/