4 Jenis Dan Khasiat Kismis

Khasiat Kismis
Khasiat Kismis

Khasiat Kismis

Kismis adalah makanan yang diperbuat daripada buah anggur yang telah dikeringkan. Sebagai mana kita tahu kismis mempunyai banyak khasiat seperti juga buah kurma. Kismis mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan B9, kolin, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, potassium, sodium, dan sebagainya.

Selain kurma, kismis merupakan salah satu makanan kesukaan kanak-kanak dan juga wanita mengandung. Malahan, menjelang waktu peperiksaan ia menjadi satu-satunya makanan yang kerap diberikan oleh para ibu untuk anak-anak. Jom, baca info bagaimana buah yang kecil ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Akibat proses penyahidratan tersebut saiznya menjadi lebih kecil dari saiz anggur yang sebenar. Walaupun kering, ia dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain buah prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

 

4 Jenis Kismis:

1. Kismis Jumbo 

Berasal daripada Argentina atau Chile, ia terkenal dengan saiznya yang besar berbanding kismis biasa. Rasanya yang masam manis ini mempunyai kadar antioksidaan yang tinggi berbanding buah prun. Terdapat dua jenis kismis jumbo yang popular iaitu ‘Golden Jumbo’ dan ‘Black Jumbo’.

2. Kismis Minda

Kismis ini diimport dari negara Turki dan rasanya sangat manis tanpa ada rasa masam sedikit pun. Saiz bijinya yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil ini sesuai diberi kepada kanak-kanak dan juga dewasa. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

3. Kismis Hitam

Kismis ini berasal daripada negara Amerika atau Iran kismis yang baik dan sihat dikeringkan dengan panas matahari dan tidak dicampur belerang. Ciri-cirinya adalah berwarna lebih hitam pekat, lembab, dan tidak tahan disimpan lama. Oleh itu, kismis ini berwarna hitam separuh kering dan mengandungi sedikit biji.

4. Kismis Emas Iran

Kismis ini adalah kismis yang paling terkenal dan paling disukai oleh hampir semua orang termasuk masyarakat Malaysia. Kismis ini juga sering kali digunakan di seluruh dunia sebagai bahan masakan dan kudapan harian. Ia juga sangat popular dijadikan ole-ole ibadah haji dan umrah.

 

Kandungan nutrisi di dalamnya

Antaranya ialah:

Garam mineral

  • Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  • Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
  • Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  • Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

Vitamin-vitamin

  • Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  • Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

 

6 Khasiat Kismis adalah :

1. Menguatkan tulang

Kismis mengandungi kerana fiber dan asid tartaric yang membantu menguatkan tulang.

2. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

3. Mengurangkan sembelit

Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10g serat yang boleh membantu anda mengeluarkan bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air.

4. Meningkatkan daya pemikiran otak

Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

5. Antioksida

Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit supaya cantik berseri.

6. Gigi sihat dan kuat

Selalunya bahan manis akan menyebabkan gigi rosak,tetapi tidak pada kismis. Ia langsung tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi, bahkan akan menyebabkan gigi menjadi sihat dan kuat kerana mengandungi ia mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

 

Khasiatnya yang lain:

  • Melindungi hati.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Membantu mengurangkan stress.
  • Membantu merawat penyakit anemia.
  • Membantu meningkatkan memori dan hafalan.
  • Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.
  • Membantu merawat masalah sembelit.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Membantu sebagai penerang hati.
  • Membantu memulihkan keletihan saraf.
  • Membantu merawat masalah anak hyperaktif.

 

Kesimpulannya

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, tukarlah menu anda dari makanan ringan seperti coklat kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan anda. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/