4 Jenis Renungan Mata Lelaki

Renungan Mata Lelaki
Renungan Mata Lelaki

Renungan Mata Lelaki

Renungan mata adalah senjata utama lelaki untuk menggoda dan memikat wanita idaman. Namun untuk lelaki membuat renungan mata terhadap wanita harus berhati-hati kerana takut renungan mata itu disalah tafsir dan mungkin juga anda sedang bermain mata dengan bini atau kekasih orang.

Lelaki mempunyai banyak cara untuk cuba mendapatkan kamu melalui renungan mata yang manja dan tajam. Bagaimana dia cuba menarik perhatianmu dengan renungan mata yang seksi dan menggoda, bagaimana dia cuba membuat kamu tertawa atau pura-pura tersentuh tanganmu. Semua ini menunjukkan yang dia berminat. Tetapi kamu juga boleh mengetahui yang dia menyukai kamu hanya dengan melihat dan merenung mata ke matanya dalam-dalam.

Mari admin ajar bagaimana untuk mengetahui jika seseorang lelaki itu tertarik padamu dengan hanya membaca pergerakan renungan mata lelaki yang cuba menggoda anda.

1. Renungan Mata Melalui Pandangan Ekor Mata

Pandangan sebegini digemari oleh rata-rata lelaki ego. Si dia mahu memandangmu tetapi bimbang akan tewas dengan renungan yang dibalas olehmu. Jadi mereka playsafe dengan memandang anda dari ekor matanya sahaja. Renungan mata jenis ini dibuat oleh lelaki dengan harapan kamu tidak perasan dengan tingkah lakunya.

2. Renungan Mata Malu-Malu

Sekiranya anda berdua sedang berkomunikasi, tenung matanya. Dia pasti akan merenung kembali dan jika dia tewas dengan renungan mata anda selepas beberapa saat, ini bermakna dia tertarik dengan anda. Kebanyakan lelaki akan menunduk malu setelah matanya direnung kembali oleh wanita yang disukainya dan merenung kembali setelah hilang sedikit perasaan malunya.

3. Mengangkat Kening

Perhatikan keningnya. Sekiranya dia ada mengangkat sedikit keningnya ketika berbicara denganmu atau ketika berada berhampiran denganmu, ini bermakna yang dia berminat!

4. Curi-curi Pandang

Sekiranya anda berada berhampiran dengannya, dia memandang anda namun begitu apabila anda melihatnya kembali, dia mula mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Berita baik untukmu kerana si dia malu tetapi mahu! Jika anda berminat dan mahukan respons dari lelaki ini jangan biarkan dia bertepuk sebelah tangan kenyit mata padanya agar dia tahu anda juga memiliki perasaan yang sama seperti dia.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/