4 Jenis Roti Baik Untuk Kesihatan

Jenis Roti Baik Untuk Kesihatan
Jenis Roti Baik Untuk Kesihatan

Jenis Roti Baik Untuk Kesihatan

Roti atau makanan yang berasaskan gandum bukanlah makanan ruji bagi penduduk negara kita. Namun ramai orang yang suka menjadikan roti sebagai makanan alternatif selain nasi. Ini kerana selain mempunyai khasiat dan kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan, ianya juga mudah dan mengenyangkan. Bagi penggemar roti, untuk memilih roti yang berkhasiat bukanlah satu perkara yang rumit sekarang kerana banyak kedai yang menawarkan pelbagai jenis dengan harga yang berpatutan.

Kadangkala dalam memilih roti yang sesuai ketika berada di pasaraya benar-benar boleh mengelirukan anda. Walaupun kita sudah pun sedia maklum bahawa tidak setiap roti dihasilkan dengan cara dan bahan yang sama namun bagaimana untuk kita mengenalpasti bahawa roti yang kita pilih itu adalah merupakan yang terbaik adalah lebih susah. Persoalannya adalah anda tidak perlu berasa takut untuk mengambil karbohidrat jenis ini. Makanan ini boleh menjadi sumber nutrisi yang cukup bagus untuk diet anda.

Berikut adalah beberapa langkah yang harus anda ikuti untuk mengenalpasti roti yang berkhasiat.

1. Penuh Serat

Anda telah banyak kali diingatkan oleh pakar diet tentang betapa pentingnya kehadiran serat untuk diet anda. Ia membantu anda untuk berasa lebih kenyang, menggalakkan pergerakan usus secara sihat dan juga memperbaiki kesihatan perut.

3. Kurang Bahan Pengawet

Ketiadaan bahan perasa tiruan, pewarna dan pengawet juga adalah faktor yang cukup penting untuk diambil kira apabila membeli sebuah roti. Cuba untuk membaca bahan-bahannya dengan kuat dan jika ada yang sukar untuk anda sebut, maka anda patut tinggalkan jenama tersebut.

3. Memilih Jenis Gandum

Apabila anda memilih, anda haruslah beralih kepada roti jenis gandum. Barangan gandum selalunya mengandungi sepenuhnya bijirin. Ia juga kaya dengan protein, serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh anda.

4. Mempunyai Label 100% Bijirin

Setiap roti juga boleh menamakan diri mereka sebagai roti penuh bijirin walaupun ia cuma mengandungi 51 peratus bijirin sahaja. Kerana itulah ia sangat penting untuk anda memeriksa label yang berada di pasaran untuk memastikan ia benar-benar mempunyai 100% penuh bijirin. Apabila tiba masa untuk memilih di antara roti biasa dan organik, anda boleh cuba jimatkan duit dan abaikan jenis yang organik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/