4 Kebaikan Amalan Menabung

amalan menabung
amalan menabung

amalan menabung

Amalan menabung bermaksud menyimpan duit simpanan bertujuan untuk menghadapi kemungkinan yang berlaku di kemudian hari. Ada 2 cara amalan menabung ini dilakukan dengan cara menyimpan duit di tabung rumah mahupun di dalam bank. Terdapat banyak lagi cara kebaikan amalan menabung.

Antara 4 kebaikan amalan menabung yang boleh kita dapat adalah :

1. Membantu Memiliki Barang Dihajati

Apabila seseorang itu menjadikan amalan menabung sebagai satu cara hidup yang sihat dan mulia, Duit simpanan hasil daripada menabung itu tadi boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan seperti buku, komputer dan sebagainya. Oleh itu, kita tidak perlu meminta wang daripada ibu bapa dan membebankan mereka menyediakan duit untuk dikirim untuk membeli barang keperluan anak-anak.

2. Membantu Ahli Keluarga Apabila Ditimpa Kesusahan.

Jika ada ibu atau bapa kita sakit , wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan . Selain itu , wang ini juga dapat digunakan  jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan . Justeru itu , kita tidak perlu meminjam wang kepada orang lain.

3. Mengamalkan Sikap Berjimat-Cermat.

Amalan menabung mendidik kita agar berjimat cermat dan pada masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada sikap boros ataupun sikap membazir.  Sikap boros atau membazir adalah amalan syaitan . Selain itu, sikap boros juga boleh mengundang kita kepada kesusahan dan kemiskinan pada masa hadapan.

4. Berguna Semasa Kecemasan.

Musibah seperti berlakunya bencana alam banjir  dan kemalangan yang mengakibatkan kebakaran, kesempitan wang dan sebagainya kita boleh menggunakan wang tabung kita untuk membeli barang keperluan. Tiada siapa dapat menduga bila seseorang itu dilanda musibah kerana ianya seperti sesuatu yang datang secara tiba-tiba di atas kekuasaan Allah SWT. Oleh itu kita tidak akan mengetahui siapa yang akan terkena. Bak kata pepatah “sediakan payung , sebelum hujan “.

Kesimpulannya, sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Oleh itu, didiklah anak supaya menabung sejak dari kecil lagi. Belikan anak-anak replika tabung mengikut kesukaan mereka bak kata pepatah ” ingat sebelum terkena , jimat sementara sebelum habis “. Oleh itu, marilah kita menabung dari sekarang kerana “sedikit – sedikit , lama – lama jadi bukit “.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/