4 Kebaikan Berjogging

Berjogging
Berjogging

Berjogging

Berjogging sebenarnya adalah salah satu aktiviti beriadah yang menyihatkan tubuh badan seseorang. Dengan berjogging juga ianya membantu membakar kalori dan membantu meningkatkan stamina khasnya untuk mereka yang aktif bersukan. Bagi atlit sukan profesional walaupun mereka sudah mempunyai jurulatih peribadi bagi meningkatkan prestasi dan kekal konsisten namun amalan berjogging pada waktu pagi atau petang tetap menjadi pilihan mereka untuk kekal sihat.

Berikut di bawah ini adalah 4 kebaikan berjogging kepada manusia :

1) Membantu Untuk Mendapat Tidur Berkualiti.
Bila kita selalu berjogging, kita dapat tidur dengan lebih senang dan mempunyai waktu tidur yang berkualiti walaupun sekejap. Bangun tidur pun rasa segar dan kurang lemau sepanjang hari. Aktiviti berjogging sebenarnya bagus untuk pengidap imsonia iaitu pesakit yang menghadapi masalah sukar tidur.

2) Kurangkan Tekanan. 
Sebenarnya semua jenis sukan boleh membantu kita menghadapi tekanan. Ia menambahkan kapasiti dan ketekunan kita dalam kerja dan mendorong kita ke arah kehidupan yang lebih aktif. Contohnya, jiwa dan fikiran akan lebih tenteram bila tengah berjogging. Dengan berjogging, kita akan melupakan seketika hal atau masalah yang sedang kita hadapi dan pada masa yang sama membantu mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah yang melanda.

3) Membantu Menghilangkan Lemak Degil Pada Perut.
Aktiviti berjogging dapat membantu membakar kalori, menghilangkan lemak dan menambahkan tahap metabolisme dalam badan. Yang bestnya, aktiviti ini juga boleh hilangkan lemak degil kat perut. Jika anda tidak percaya cuba amalkan aktiviti ini secara berterusan selama sebulan dan lihat hasilnya.
.
4) Merangsang Otak 
Semasa berjogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif dan inovatif. Ada juga sesetengah orang yang suka mencari ilham atau idea dengan berjogging. Ini kerana dengan berjogging ia sebenarnya merangsang otak kita agar menjadi lebih berdaya saing.

Selain berjogging sebenarnya banyak lagi aktiviti sihat yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh. Bermain bola sepak, futsal, badminton, berenang, dan banyak lagi aktiviti riadah yang boleh anda lakukan sesuai dengan minat dan hobi anda. Apa yang penting disini, adalah untuk mengekalkan konsistensi dan kerajinan kerana untuk mengamalkan cara hidup yang sihat anda perlu buang jauh-jauh sikap malas dan hanya bersukan mengikut mood anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/