Kebaikan Memakai Boxer

Kebaikan Memakai Boxer

Boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Boxer yang lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?

Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Boxer atau seluar dalam yang ketat dan sangat tidak selesa itu.

Mari kita lihat 4 kebaikan memakai boxer di bawah ini untuk keselesaan zakar anda.

1. Semestinya Selesa.

Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxer membantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.

2. Lebih Fashionable.

Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini, ianya banyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.

3. Kelancaran Sperma.

Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.

4. Seluar Tidur.

Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikannya sebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.

TIPS PETUA BAHAGIA

Pemakaian seluar dalam ketat merupakan antara punca kemandulan lelaki dan juga mempengaruhi bilangan sperma.

Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama.

Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa.

Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!

dapatkan sekarang