4 Kebaikan Sayur Kangkung

Khasiat Sayur Kangkung
Khasiat Sayur Kangkung

Khasiat Sayur Kangkung

Siapa yang tak kenal dengan sayur kangkung … sejenis tumbuhan yang terdapat di merata tempat di Malaysia nie, tepi kolam, dalam parit, sungai, terusan dan segala-mala tempat yang lembap dan berair.  Satu tempat yang paling senang nak dapat sayur kangkung ialah di pasar… ahaks..

Korang tau tak sayur kangkung nie selain sedap dimasak kangkung goreng belacan, sebenarnya bagus untuk dijadikan ubat tidur. Dikatakan pengambilan sayur kangkung pada kadar yang berlebihan boleh menyebabkan rasa mengantuk. So, sesiapa yang susah sangat nak tidur tu elok juga amal makan sayur kangkung nie waktu malam. Sayur kangkung juga sejenis sayuran yang cukup kaya ngan khasiat dan nutrisi untuk mengubati pelbagai penyakit dan permasalahan termasuk buasir, bisul, campak air, kelemumur, ulser dalam mulut dan juga sembelit.

Di sini admin PB nak kongsi beberapa petua atau khasiat yang boleh dimanfaatkan daripada sayur kangkung nie selain untuk dimakan ianya bagus untu merawat beberapa sakit di bawah ni.

Pelbagai Khasiat Sayur Kangkung

1. Hidung Berdarah

Ambil seikat daun kangkung segar. Cuci dengan bersih dan tumbuk atau kisar hingga halus. Kemudiannya tambahkan sedikit gula dan bancuh dengan air panas. Apabila telah sejuk, tapis dan minum airnya dua kali sehari.

2. Sakit Gigi

Ambil satu genggam akar kangkung. Tambahkan setengah sudu teh cuka dan satu gelas air. Rebuskan kesemuanya. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk berkumur-kumur. Dikatakan ia dapat membantu meredakan sakit gigi.

3. Bisul

Cuci beberapa helai daun kangkung dan tumbuk atau kisar hingga lumat. Lepas tu campurkan sedikit garam dan tampalkan ramuan tu pada tempat yang kena bisul. Balut dengan kemas. Cuba gantikan dengan tampalan yang baru 2 kali sehari. Lama-kelamaan bisul tu akan pecah, menyusut dan terus sembuh.

4. Buasir

Ambil akar kangkung sebanyak 3 genggam. Cuci dan rebuskan dengan tiga gelas air hingga tinggal lebih kurang 1 setengah gelas. Kemudian tapis dan ambil airnya, biarkan sejuk dan minum 2 kali sehari. Minum sebelah pagi dan petang sebanyak setengah gelas saja setiap kali.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/