4 Kebaikan Sayur Organik

Kebaikan Sayur Organik
Kebaikan Sayur Organik

Kebaikan Sayur Organik

Sebenarnya masih ramai di antara kita yang masih belum faham apakah yang dimasudkan sayur organik itu. Secara fizikalnya, sayur organik sama sahaja seperti sayur biasa yang banyak dijual di pasaran. Namun, apa yang jelas sayur organik ini mempunyai lebih banyak kelebihan ataupun manfaat bagi kesihatan tubuh manusia.

Sayur organik adalah makanan yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi. Sayur ini juga tidak menggunakan baja buatan kimia atau disembur dengan racun kimia. Kini menikmati makanan sihat dengan sayur organik telah menjadi trend baru dalam dunia kesihatan terutama menu makanan sihat. Ini adalah kerana manfaat sayur ini yang terlalu banyak buat tubuh manusia.

Berikut di bawah ini ada 4 kebaikan atau kelebihan sayur organik yang memberikan manfaat pada tubuh badan manusia:

1. Elok untuk kanak-kanak dan ibu mengandung

Sayur organik tidak menggunakan pewarna buatan ataupun bahan pengawet, dan telah dianggap sebagai makan sihat. Hal ini memberikan ketenangan fikiran bahawa pengambilan sayur ini tidak mendatangkan bahaya atau risiko bagi kesihatan anak dan ibu.

2. Lebih berkhasiat dan sihat

Sayur organik tidak dibentuk melalui baja kimia, racun kimia atau bahan-bahan kimia lainnya sehingga sayur-sayuran tersebut tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh. Di samping itu, buah-buahan dan sayur ini mengandungi lebih banyak khasiat seperti vitamin, magnesium, fosfor, zinc dan zat besi. Sayur organik juga mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi seperti kandungan mineral dibandingkan sayur biasa.

3. Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya

Ini adalah kerana penghasilan sayur organik ini melalui proses semulajadi tanpa ada campuran bahan kimia. Pengambilan sayur organik dikatakan mampu mengurangkan kemasukkan zat-zat kimia ke dalam tubuh. Endapan dari zat kimia tersebut dapat membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser.

4. Lebih segar, sedap dan tidak mudah busuk

Sayur organik mempunyai rasa yang lebih manis, ranggup dan segar kerana kandungan air dalam sayur tidak terlalu banyak. Selain itu kandungan air yang sedikit dibandingkan dengan sayur biasa membuatkan sayur ini lebih tahan lama dari proses pembusukan. Ini adalah kerana proses pertumbuhannya terjadi secara natural tanpa adanya campuran bahan kimia sehingga rasa dari sayuran tersebut juga semulajadi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/