4 Kebaikan Seluar Dalam Boxer

Kebaikan Seluar Dalam Boxer
Kebaikan Seluar Dalam Boxer

Kebaikan Seluar Dalam Boxer

Seluar dalam boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Seluar dalam boxer yang lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?

Selain soal kesihatan seksual juga, pemakaian seluar dalam boxer oleh para lelaki kerana mengikut fesyen dan trend memakai seluar dalam boxer berjenama terkenal seperti Calvin Klein dan juga Renoma bagi menjaga imej sedangkan ianya hanya dipakai sebagai seluar dalam tetapi demi menjaga imej dan prestij, pemakaian seluar dalam boxer itu tidak menjadi masalah oleh para lelaki maskulin.

Kenapa lelaki perlu pilih seluar dalam boxer? Mari kita lihat 4 kebaikannya yang ingin admin kongsikan seperti dibawah ini.
1. Seluar Tidur

Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Seluar dalam boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan seluar dalam boxer sebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.

2. Kelancaran Sperma

Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.

3. Semestinya Selesa

Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxer membantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.

4. Lebih Fashionable

Di negara barat, seluar dalam boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini, boxer banyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.

Kesimpulan

Seluar dalam boxer atau seluar dalam biasa, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, seluar dalam boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Seluar dalam boxer atau seluar dalam biasa yang sangat ketat! Pemakaian seluar dalam ketat merupakan antara punca kemandulan lelaki dan juga mempengaruhi bilangan sperma.

Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama. Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa. Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/