4 Kegunaan Silika Gel

Kegunaan Silika Gel
Kegunaan Silika Gel

Kegunaan Silika Gel

Silika Gel, pasti ramai mengetahui tentang gel yang berada dalam bungkusan kecil ini. Ianya mudah didapati dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi. Kebiasaannya, bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera perkataan Do Not Eat ini dibuang tanpa diketahui fungsi sebenarnya.

Kalau diikutkan entah sudah berapa banyak silika gel yang telah kita buang sedangkan, bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang tersendiri. Silika gel tidak mengandungi bahan  toxic, tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan.

Jadi kegunaan dan kebaikan silika gel boleh dimanfaatkan untuk banyak fungsi lain antaranya;

1. Mengekalkan Kilat Pada Barangan Perhiasan

Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Caranya dengan meletakkan silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.

2. Menghapuskan Bau Hapak Pada Kasut

Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih silika gel dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.

3. Menyelamatkan Telefon Bimbit Terjatuh Atau Terendam Dalam Air

Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air merupakan igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak. Caranya, dengan meletakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan silika gel bersamanya.

4. Menjaga Alatan Mekap

Bagi kaum hawa khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga kecantikan. Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus silika gel atau lebih dalam beg mekap anda. Tips ini pasti membantu.

 

Mari Saksikan Video Kegunaan Silika Gel Di Bawah Ini

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/