4 Khasiat Buah Jambu Air

Khasiat Buah Jambu Air
Khasiat Buah Jambu Air

Khasiat Buah Jambu Air

Adakah anda pernah tahu akan rahsia yang tersirat di sebalik kesedapan buah jambu air ? Buah jambu air boleh menyejukkan badan jika dimakan ketika cuaca panas. Selain dimakan begitu sahaja, buah jambu air ini juga dimakan dengan serbuk asam dan juga sambal kicap. Siapa yang dapat membayangkan sama apa yang admin bayangkan ini pasti buat air liur rasa nak meleleh.. Hehehe..

Buah jambu air, selain rasa buahnya yang segar ia juga memiliki banyak manfaat. Bukan sekadar buahnya  sahaja, bahkan pohon serta daunnya juga baik untuk kesihatan. Biasanya pokok buah jambu air ini ditanam di perkarangan rumah. Selain dijadikan penyeri pemandangan di sekitar kediaman, ia juga sesuai dijadikan tempat berteduh.

Jom mari bersama admin kita bongkar dan ketahui khasiat buah jambu air pada kesihatan dan juga penjagaan kecantikan tubuh badan manusia.

Antara khasiat buah jambu air adalah :

1. Menjaga Kesihatan Mata     

Buah jambu air juga mengandungi vitamin A yang sememangnya diperlukan oleh mata agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia kita. Pengambilan jambu air juga baik untuk mengatasi mata kuyu yang disebabkan oleh keletihan mata.

2. Melancarkan Sistem Penghadaman

Kandungan  serat dan air yang banyak dalam buah jambu air sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman. Khasiatnya juga dianggap sebagai ‘komponen diuretic’ yang merangsang serta melancarkan pembuangan air kecil. Bagi sebahagian orang, buah jambu air turut bermanfaat untuk meredakan bengkak pada kulit kaki dan tangan.

3. Sebagai Antioksidan Untuk Kulit

Kandungan vitamin C dalam buah jambu air berperanan penting untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak khususnya sebagai perawatan kulit, menjadikan kulit tampak lebih segar dan peredaran darah lancar. Jambu air ini mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan tubuh terutama kandungan airnya yang begitu menyegarkan.

4. Mencantikkan Kulit

Di sebabkan jambu air kaya dengan kandungan vitamin C dan A, dipercayai sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C yang didapati dari 100gram jambu air adalah sangat tinggi. Kandungan vitamin A ini juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah epal.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/