4 Khasiat Daun Misai Kucing

Khasiat Daun Misai Kucing
Khasiat Daun Misai Kucing

Khasiat Daun Misai Kucing

Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan daun misai kucing. Ini adalah kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing. Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse atau lamiaceae atau labiatae’. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.

Jom, mari bersama admin kita ketahui khasiat daun misai kucing iaitu:

1. Antioksidan

Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh daun misai kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.

2. Merawat Tekanan Darah Tinggi 

Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum  dan melekat.

3. Membersihkan Ginjal

Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain. Daun misai kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air  kencing anda.  Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air, jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku. Yang bagusnya, penyakit batu karang juga dapat dielakkan.

4Merawat Kencing Manis

Misai kucing ini dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.

Antara Khasiat DaunMisai Kucing Yang Lain: 

  • Mengurangkan tahap kolestrol
  • Membaiki tahap stamina & tenaga
  • Mengurangkan inflamasi & gout
  • Mengurangkan pembendungan air
  • Membantu melancarkan peredaran darah

Cara-Cara  Penggunaan Daun Misai Kucing

Cara Pertama

  1. Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing,  kemudian rebusnya dengan  lima cawan air.
  2. Minum setiap hari pagi  dan malam sebelum atau selepas makan .

Cara Kedua

  1. Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing lalu digunting kecil-kecil atau dikoyakkan
  2. Rendam dengan secawan air panas.
  3. Tutup dan biarkan suam.
  4. Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi dan malam.

Daun misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Teh Daun Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/