4 Khasiat Rumpai Laut

Khasiat Rumpai Laut
Khasiat Rumpai Laut

Khasiat Rumpai Laut

Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolagen’ mentah kini semakin hari semakin popular. Semakin hari semakin ramai, khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru, ungu dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

Rumpai laut terkenal dengan sifat alkali yang kuat. Ia mengandungi protein yang tinggi dan beberapa mikronutrien yang hampir sama dengan bayam. Di Malaysia mungkin ia belum cukup terkenal berbanding Jepun. Rumpai laut adalah sejenis sayuran yang sangat popular di sana. Ia hidup di kawasan air masin dan cetek bagi mendapatkan cahaya matahari yang cukup.

Antara 4 kebaikan dan khasiat rumpai laut kepada kesihatan tubuh badan manusia adalah.

1. Merawat Penyakit Jantung 

Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung. Rumpai laut bersifat anti-mutagen dan antioksidan yang membantu merendahkan kadar kolestrol. Ia turut mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

2. Mencantikkan Kulit 

Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik ini. Ini kerana berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

3. Baik Untuk Kulit 

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit. Sifat alkali dalam rumpai laut tinggi disebabkan kehadiran mineral yang banyak dan pelbagai mineral lain seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodin dan zink berbanding sayuran lain adalah baik untuk kesihatan kulit.

4. Berfungsi Sebagai Pelekat Dalam Badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/