4 Khasiat Sayur Peria

sayur peria
sayur peria

sayur peria

Bila sebut jer buah atau sayur peria… dalam kepala otak mesti dah teringat rasanya yang sangat pahit betul tak? Memang betul pun buah peria nie cukup pahit rasanya. Tapi di sebalik rasa pahit tu tersimpan sejuta manfaat untuk kesihatan!

Masa kecik-kecik dulu pun admin sendiri tak suka makan sayur paling pahit nie. Tapi bila dah tau khasiatnya, hmm.. digagahkan juga ler nak amalkan memakannya. Cara nak makannya pun senang jer… basuh bersih-bersih kemudian potong macam kita hiris timun tu untuk dibuat ulam semasa makan nasi. Kalau rajin buat sayur peria masak cili. Bukan selalu pun… Dapat amalkan makan seminggu sekali pun dah kira okey la kot..hehe.. Bagi sesiapa yang sanggup makan tiap-tiap hari tu memang admin tabik ler.

Baiklah, artikel kali ini admin ingin kongsikan 4 khasiat sayur peria yang boleh dimanfaatkan untuk mengubati penyakit dibawah ini.

1. Bisul

Ambil satu biji peria segar. Hiris dan lumatkan ia kemudian tampal pada bahagian yang kena bisul. Petua ini dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan bisul.

2. Kencing Manis

Dikatakan air perahan sayur peria dapat menurunkan kadar gula dalam darah untuk orang yang kena penyakit kencing manis atau diabetes. Caranya ialah dengan mengambil 2 biji buah peria, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian yang kecil. Kemudian masukkan potongan peria tu kat dalam blender, tambahkan lebih kurang 1/2 gelas air suam dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Amalkan meminum air perahan nie 2 kali sehari pada pagi dan petang. InsyaAllah, paras gula yang tinggi dalam badan pesakit diabetes akan menurun.

sayur peria goreng

3. Berak Berdarah

Sama seperti cara kat atas.. ambil dua biji peria dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Minum air perahan 2 kali sehari untuk menyembuhkan sakit berak berdarah.

4. Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu

Makan peria sebenarnya bagus untuk ibu-ibu yang ada masalah kekurangan susu badan. Sediakan sebiji peria segar, cuci bersih dan rebus. Dan jadikannya sebagai ulam ketika menjamah nasi.

Kesimpulan

Setiap yang pahit itu pasti ada kebaikan dan manfaatnya. Oleh sebab itulah sayur peria ini amat pahit dan tidak berapa digemari oleh kanak-kanak berbanding orang tua yang sememangnya tahu khasiat sayur peria ini untuk kesihatan manusia. Orang tua atau orang lama amat menitikberatkan soal kesihatan dan awet muda dengan mengamalkan pemakanan ulam-ulaman dan langsung tidak menyentuh makanan segera atau pun junk food.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/