4 Langkah Keselamatan Urusan Di Bank

Rompakan Bank

Rompakan Bank

Rompakan Bank

Kebelakangan ini banyak kes melibatkan rompakan bank. Zaman sekarang penjenayah dah tidak takutkan pada tindakan undang-undang asalkan hasrat mereka untuk memiliki wang secara haram tercapai.

Ekoran dari kes pekerja bank yang ditembak oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri sedikit sebanyak menimbulkan rasa ketakutan dalam diri kita apabila hendak ke bank. Dengan tindakan tegas polis yang akan melepaskan tembakan akibat diserang oleh penjenayah bersenjata ini admin percaya ianya masih belum menjamin keselamatan orang awam ketika berurusan di bank.

Berikut di bawah ini adalah 4 langkah keselamatan yang boleh kita ambil bagi mengelakkan sesuatu insiden rompakan berlaku ketika sedang berurusan di dalam bank.

1. Ikut Arahan
Andai kata bank yang anda tuju diserbu perompak dan mereka meminta semua baring di atas lantai dan jangan bergerak, ikut sahaja arahan yang diberikan. Perhatikan sekeliling dan jangan cuba melawan atau cuba menjadi wira. Jangan cuba melakukan perkara yang ekstrim kerana ia akan membahayakan nyawa orang awam dan juga nyawa anda.

2. Kunci Kereta dan Pepper Spray
Jika anda pergi ke bank secara bersendirian untuk urusan yang singkat, asingkan duit dari dompet dengan menyimpannya didalam poket seluar bersama telefon bimbit dan pegang kunci kereta (dengan keadaan kepala kunci dalam genggaman tangan dan bahagian tajam keluar) atau pepper spray di tangan. Sekiranya anda diserang, gunakan kunci dan pepper spray sebagai senjata dan yang paling penting lepaskan beg tangan anda jika pencuri bergelut mahukannya untuk mengelakkan diri anda tercedera diseret akibat diragut.

3. Berteman
Apabila ingin melakukan urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak di bank, pastikan anda ditemani sekurang-kurangnya dua orang bagi persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. Minta bantuan teman untuk memandu kereta untuk mengambil anda di hadapan bank, seorang lagi berjalan bersama anda. Ini akan mempercepatkan urusan perjalanan keluar dari bank ke kereta.

4. Sorok Wang
Selepas berurusan dengan bank, jangan kira wang anda ditempat yang terbuka kerana ia boleh menarik perhatian perompak. Jika berada di mesin ATM, cepat-cepat masukkan wang ke dalam poket atau beg dan sekiranya melibatkan wang yang banyak (berurusan di kaunter), minta izin dari pekerja bank untuk mengiranya di tempat yang tertutup jika tidak, pastikan teman anda ada untuk bersiap sedia.

Admin harap perkara yang tidak diingin tidak berlaku ketika kita sedang berada di bank. Admin percaya Malaysia sebuah negara yang aman dan hal-hal sebegitu dapat dikurangkan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/