4 Padanan Hijab Dan Warna Kulit

Padanan Hijab Dan Warna Kulit
Padanan Hijab Dan Warna Kulit

Padanan Hijab Dan Warna Kulit

Dikurniakan warna kulit berlainan membuatkan pemilihan warna pakaian harus dititik berat. Rona sesuai dengan warna kulit boleh membuatkan anda tampil menonjol dari kebiasaan. Begitu juga dengan seleksi pilihan rona hijab, warna yang secocok membantu menaikkan seri wajah sekaligus membuat si pemakai tampil anggun dan konfiden.

Warna kulit memainkan peranan penting di dalam memilih padanan hijab atau tudung yang sesuai untuk tampil anggun bergaya di majlis-majlis formal. Kesilapan dengan mengenakan hijab atau tudung yang tidak sepadan dengan warna kulit membuatkan anda nampak janggal dan pelik seperti orang asing di tengah-tengah orang ramai.

Ikuti 4 panduan padanan memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit anda.

1. Kulit Gelap
Hijab yang berwarna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan warna kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap tona kulit anda sekaligus menaikkan seri wajah serta tampak segar. Jika mahu tampil lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Elakkan warna kusam seperti coklat kerana boleh menenggelamkan penampilan anda pada malam yang penuh gemilang itu.

2. Kulit Putih
Anda yang warna kulit putih melepak boleh dikategorikan bertuah kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning kerana ia boleh membuatkan wajah tampil pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dari warna kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah tampil lebih cerah bercahaya.

3. Kulit Kuning Langsat
Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan dari memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam.

4. Kulit Sawo Matang
Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap kerana penampilan anda akan tampak suram atau kelam. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan warna kulit ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/