4 Pakaian Seksi Goda Lelaki

Pakaian Seksi
Pakaian Seksi

Pakaian Seksi

Pakaian seksi yang dipakai dan digayakan oleh seorang wanita untuk menggoda seorang lelaki adalah senjata utama untuk membuatkan seseorang lelaki itu hilang tumpuan pada sesuatu yang sedang dikerjakannya. Dengan mengenakan pakaian seksi dan ditambah dengan bentuk tubuh badan yang langsing dan mengiurkan cukup membuatkan lelaki itu ‘tewas’ kepada wanita.

Namun bagi pasangan yang sudah berkahwin untuk isteri mengenakan pakaian seksi semata-mata hanya untuk menggoda suami di rumah amat digalakkan bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga. Sesekali kenakan pakaian seksi yang menjolok mata sementara menunggu si suami pulang dari kerja. Pasti si suami terperanjat beruk dan tidak sabar-sabar mandi untuk membersihkan dirinya untuk mengajak isteri beraksi di atas ranjang. Hehe

Sebenarnya, kalau dari segi fizikal, ia sememangnya agak subjektif bagi wanita yang mengenakan pakaian seksi. Seseorang lelaki mungkin memandang seksi itu dari sudut yang berbeza. Namun begitu, sekiranya anda mahu menarik perhatiannya dengan cara pemakaian anda, admin ada beberapa jenis pakaian yang dianggap seksi oleh kebanyakan lelaki.

1. Kasut Tinggi

Kadangkala, kaum wanita pasti tertanya, adakah lelaki akan menyedari ketidakselesaan anda memakai kasut setinggi 5 inci? Jawapannya, jarang yang perasan! Kerana mereka sedang memerhatikan kaki anda yang berotot ketika menggenakan pakaian seksi high heels . Kasut bertumit tinggi juga menampakkan anda lebih kurus dan memberikan bentuk badan yang lebih langsing secara ilusi kepada orang yang melihat anda.

2. Baju Lelaki

Mengenakan baju yang ketat tidak akan menonjolkan keseksian terutamanya jika badan anda tidak tone seperti model Victoria’s Secret! Sesekali, cubalah memakai pakaian seksi kemeja lelaki atau t-shirt bersaiz besar kerana unsur maskulin yang anda terapkan di dalam gaya anda memberikan keseksian semulajadi.

3. Baju Off-Shoulder

Mendedahkan apa yang tidak perlu boleh menampakkan wanita semakin murah, bukannya pakaian seksi. Jadi mainkan perasaan lelaki dengan hanya menunjukkan sedikit kulit anda iaitu di bahagian bahu dan sedikit bahagian belakang. Kebanyakan lelaki merasakan ia sangat seksi.

 

4. Sifon Jarang

Pakaian seksi jenis kain sifon jarang bukan sahaja membuatkan badan anda tampak lebih menawan, ia juga sangat disukai oleh lelaki. Mengapa? Sifon kebanyakan jarang dan membuatkan si dia nampak sedikit corak atau warna pakaian dalam anda. Walaupun anda mengenakan camisole, sifon masih dapat memberikan bayangan bentuk badan anda yang membuatkan si jejaka termimpi-mimpi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/