4 Peringkat Inzal Isteri

inzal isteri
inzal isteri

inzal isteri

Apakah yang dimaksudkan dengan inzal isteri? Jika mengikut definisi yang diberikan oleh kamus, inzal wanita atau inzal isteri ialah peringkat ghairah, terangsang, inzal, dan  terlerai. Secara ringkas, peringkat ghairah adalah peringkat di mana seseorang wanita bersetuju untuk melakukan hubungan seks, dan seluruh tubuh dan minda beliau akan tertumpu kepada rangsangan seks. Darah mula mengalir dengan lebih laju ke biji kelentit, faraj, dan puting payudara.

Peringkat terangsang pula adalah peringkat dimana ketegangan seks mula terbina. Faraj mula dipenuhi dengan darah, untuk menyediakan platform orgasme. Pada peringkat ini denyutan jantung, tekanan darah dan pernafasan meningkat. Pada peringkat inzal, beberapa siri kuncupan otot-otot berlaku pada rahim, lubang faraj, otot-otot pelvik. Ketegangan yang terbina dari peringkat terangsang akan dilepaskan pada peringkat inzal ini.

Peringkat terlerai adalah sesi ‘cooldown’, di mana darah mula menjauh dari organ-organ seksual. Denyutan jantung, tekanan darah dan pernafasan kembali normal.

Peringkat Inzal Isteri

Penerangan ringkas di atas memberikan peringkat-peringkat asas apa yang terjadi kepada seseorang wanita dalam proses mengalami inzal atau orgasme. Ramai pakar seksual dan kesihatan yang berdebat tentang subjek ini. Malah boleh dikatakan subjek inzal isteri atau orgasme isteri ini adalah subjek yang sensitif sehingga ke hari ini.

Tetapi ramai yang bersetuju apa yang benar-benar berlaku ketika proses inzal, dan boleh dirumuskan secara terperinci. Selepas seorang wanita menjadi ghairah(dari aspek seksual), denyutan jantung akan meningkat, dan pernafasan menjadi lebih laju. Secara tidak sedar beliau akan mengetatkan otot-otot pada tubuh beliau, bukan sahaja otot-otot organ seksual.

Payudara akan membengkak, dan aroela (kawasan di sekeliling puting payudara) dan puting payudara akan membesar dan menonjol ke hadapan. Sesetengah wanita akan memaparkan tanda-tanda kemerahan pada wajah, leher, dan dada. Biji kelentit juga membengkak dan membesar. Pada ketika ini, lubang faraj beliau mula dibasahi dengan cairan. Cairan ini bermula pada bahagian dalam lubang faraj, dan dirembeskan perlahan-lahan ke pintu faraj. Bibir faraj pula meleper dan sedikit terbuka. Pada masa yang sama lubang faraj membesar dan memanjang menjadikan ukur lilit lubang faraj lebih besar.

Ini terjadi kerana aliran darah yang tertumpu kepada kawasan pelvik, atau lebih tepat lagi kawasan alat sulit wanita. Semakin terangsang seseorang wanita, semakin banyak darah yang tertumpu ke kawasan payudara dan alat sulit, membuatkan kawasan-kawasan ini semakin membengkak dan membesar. Walaubagaimanapun, terdapat satu kawasan yang tidak terus membesar walaupun wanita tersebut semakin terangsang dan menghampiri inzal. Kawasan atau organ seksual tersebut adalah biji kelentit.

Ketika seseorang wanita menghampiri inzal, biji kelentit beliau akan menguncup dan memendek. Ini adalah tanda-tanda beliau semakin hampir untuk inzal atau mengalami orgasme. Tetapi dengan syarat simulasi dan rangsangan seksual diteruskan tanpa henti. Inzal isteri atau orgasme bermula dengan kuncupan otot yang kuat. Kuncupan ini boleh bermula dan tamat dalam tempoh empat saat, atau boleh berlaku sehingga lima saat. Kajian menunjukkan tempoh kuncupan atau kemutan ini berlaku setiap 0.8 saat. Ketika peringkat ini berlaku, kawasan lubang faraj yang hampir dengan bukaan faraj akan mengembang, tetapi kawasan yang hampir dengan rahim, dan rahim itu sendiri menguncup dengan kuat.

Pada peringkat inzal juga aliran darah adalah pada tahap maksima, menyebabkan kulit tubuh menjadi kemerah-merahan. Penguncupan otot-otot akan terus berlaku, dan degupan jantung, denyutan nadi dan pernafasan akan terus meningkat. Kebanyakkan wanita akan mengeluarkan bunyi untuk menggambarkan kenikmatan yang mereka sedang alami.

Tanda-tanda yang mengesahkan inzal isteri

Walaupun ramai isteri yang mengalami orgasme, atau inzal ketika seks, ramai juga yang berpura-pura inzal untuk menjaga hati suami yang selalu tewas di ranjang.

Jadi bagaimana untuk menentukan isteri anda benar-benar inzal, atau sekadar berpura-pura untuk menjaga hati anda?

1. Reaksi Wajah

Walaupun reaksi wajah boleh dipalsukan oleh isteri ketika inzal, ini juga adalah salah satu faktor yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada isteri anda benar-benar inzal atau hanya berpura-pura. Ketika seseorang wanita mengalami inzal yang sebenar, wajah beliau seperti sedang mengalami kesakitan, bukan wajah yang menunjukkan keseronokan atau kesedapan. Ini adalah tindakan luar kawal setiap wanita. Jika isteri anda menunjukkan wajah nikmat atau gembira ketika inzal, anda harus risau kerana besar kemungkinan inzal beliau hanyalah inzal isteri yang palsu.

2. Kekejangan Otot-Otot

Ketika inzal isteri, seluruh otot-otot tubuh akan kekejangan, dan bukan sahaja pada otot-otot organ seksual. Jika anda perhatikan, majoriti wanita akan menggenggam, mencakar, atau tindakan luar kawal ketika inzal. Jika inzal isteri anda sedang memegang tubuh anda semasa berasmara, sudah pasti ketika inzal beliau akan memegang dengan lebih kuat tanpa beliau sedari. Ada juga wanita yang akan mencakar badan pasangan mereka tanpa mereka sedari ketika inzal. Tumpukan perhatian kepada kepada otot-otot badan isteri anda, dan lihat sama ada berlaku ketegangan atau tidak untuk memastikan sama ada beliau benar-benar inzal atau tidak. Malah jika seseorang wanita benar-benar inzal dan mengalami orgasme, seluruh tubuh beliau akan berhenti bergerak dan menjadi tegar seketika semasa puncak inzal.

3. Perubahan Warna Kulit

Tumpukan juga perhatian anda kepada warna kulit isteri. Selari dengan inzal isteri, warna kulit pada tubuh isteri akan kemerah-merahan, luar dari kebiasaan. Pada permulaan ghairah isteri, warna ini akan kelihatan pada bahagian-bahagian tertentu seperti wajah, leher, dan dada. Tetapi ketika inzal isteri, warna kemerah-merahan ini akan menular hampir ke seluruh tubuh isteri. Jika isteri anda berpura-pura mengalami orgasme, warna kulit tubuh beliau kelihatan normal, dan tidak menunjukkan tompok-tompok kemerahan kerana aliran darah adalah normal dan tidak luar biasa seperti ketika inzal.

4. Kuncupan Otot-Otot Faraj

Cara yang paling mudah adalah dengan menumpukan perhatian anda kepada otot-otot lubang faraj isteri anda. Jika inzal isteri benar-benar belaku, otot-otot ini akan menguncup dengan kuat, dalam erti kata lain mengemut dengan kuat sehingga anda akan rasakan seperti faraj beliau ingin menolak zakar anda keluar. Kuncupan yang pertama berlaku dengan kuat, dan akan berterusan dengan denyutan sekitar 0.8 saat untuk setiap kemutan. Jumlah kuncupan ini adalah bergantung kepada tempoh inzal isteri anda. Inzal isteri yang sederhana mungkin mengalami antara tiga hingga lima kuncupan, manakala inzal isteri yang kuat akan mengalami antara sepuluh hingga lima belas kuncupan.

Apa yang dirasakan oleh isteri ketika inzal?

Pernahkah anda terfikir apakah yang dirasakan oleh isteri anda ketika beliau inzal, atau orgasme? Adakah pengalaman dan sensasi inzal isteri anda sama seperti ketika anda orgasme dan klimaks? Wanita yang belum pernah mengalami orgasme, atau wanita yang tidak pasti sama ada mereka telah mengalami orgasme atau tidak sering tertanya-tanya bagaimana pengalaman inzal tersebut. Soalan ini sebenarnya amat sukar untuk dijawab. Bayangkan bagaimana untuk menjelaskan pengalaman ketika bersin, atau menguap?

Ada wanita yang mengatakan ketika beliau inzal beliau merasakan seperti digigit semut pada tulang belakangnya. Ada pula yang merasakan sensasi tersebut pada otak, ada yang pada kawasan alat sulit, dan sebagainya. Ada juga wanita yang menceritakan pengalaman inzal beliau adalah seperti apa yang beliau rasakan ketika hampir pitam. Sebenarnya pengalaman yang dirasai oleh setiap wanita ketika inzal adalaha subjektif, iaitu berbeza. Ini bermaksud pengalaman tersebut adalah bergantung kepada individu.

Memudahkan Inzal Isteri

Walaupun benar seluruh tubuh terlibat ketika hubungan seks, terdapat beberapa shortcut, atau jalan pintas yang boleh memudahkan inzal isteri. Jalan pintas ini berkait rapat dengan titik-titik ghairah utama isteri, iaitu biji kelentit. Beberapa kajian mendapati walaupun isteri boleh inzal atau orgasme dengan hanya tujahan zakar, rangsangan pada biji kelentit adalah salah satu faktor utama yang memudahkan wanita untuk orgasme.

Rangsangan Pada Biji Kelentit

Biji kelentiti boleh dirangsang dengan dua teknik, iaitu rangsangan secara langsung, atau secara tak langsung. Rangsangan biji kelentit secara langsung adalah dengan sentuhan bibir, lidah atau tangan atau jari secara langsung terhadap biji kelentit isteri. Ini boleh dilakukan ketika foreplay, atau ketika oral seks. Jika para suami bijak melakukan rangsangan secara langsung kepada biji kelentit isteri, dengan mudah isteri boleh inzal dan orgasme hanya dengan teknik foreplay.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/