4 Petua Atasi Masalah Rambut Bercabang

Petua Atasi Masalah Rambut Bercabang
Petua Atasi Masalah Rambut Bercabang

Petua Atasi Masalah Rambut Bercabang

Apa sebenarnya yang menjadi penyebab rambut bercabang? Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab rambut bercabang. Misalnya kerana stail rambut yang salah, penggunaan produk-produk rambut yang berlebihan dan sebagainya. Sebagai wanita sudah pasti anda mahukan rambut yang cantik dan bebas daripada pelbagai masalah rambut.

Kerap menggunakan alat pengering rambut, menggunakan lebih asid amino, smoothing dan pancaran sinar matahari secara terus merupakan penyebab utama rambut bercabang. Selain kelihatan kusut dan tak cantik, rambut bercabang juga mempengaruhi pertumbuhan rambut. Sebahagian wanita rajin berkunjung ke salon untuk merawat rambut. Namun ada juga yang memilih cara merawat rambut secara semulajadi kerana ia lebih menjimatkan duit dan masa serta hasilnya lebih sihat.

Berikut beberapa tips yang yang boleh mengembalikan keindahan rambut anda serta menghilangkan masalah rambut bercabang adalah:

1. Rawat Rambut Secara Berkala

Anda boleh melakukannya sendiri di rumah! Apa yang diperlukan hanyalah sebutir telur, ambil kuningnya saja, campurkan dengan tiga sudu teh minyak zaitun dan satu sudu madu. Kacau sehingga rata, dan sapukan ke rambut. Biarkan selama 30 minit, dan bilas.

2. Biarkan Kering Secara Semulajadi

It means no blow-dry! Tidak salah jika sesekali anda melakukannya di salon. Tapi sebaiknya jangan diamalkan secara kerap. Rambut akan lebih tersisir rapi dan cantik jika dibiarkan kering secara semulajadi.

3. Gunting Hujung Rambut Secara Teratur

Cara yang paling baik untuk mengatasi rambut bercabang adalah dengan memotong hujung rambut secara teratur selama 6-8 minggu sekali. Ia berfungsi untuk menstimulasi pertumbuhan rambut secara lebih sihat dan cepat.

4. Gunakan Syampu Anti Alkohol

Elakkan memakai syampu yang mengandungi alkohol kerana akan membuatkan rambut menjadi lebih mudah kering. Carilah syampu yang bebas alkohol dan lebih elok jika bahan tersebut diperbuat daripada sumber semulajadi. Syampu dari bahan semulajadi bukan sahaja memelihara keindahan rambut, malah tiada kesan sampingan.

 

Info Ekstra Petua Bahagia

Merawat Rambut Bercabang Dengan Minyak Zaitun

Perawatan rambut dengan minyak zaitun akan menjaga dan mengembalikan keindahan rambut anda. Minyak zaitun dapat membantu menjaga rambut tetap sihat. Kandungan vitamin A, C dan E akan menutrisikan rambut dan menghindarkannya daripada rambut bercabang.

Vitamin-vitamin tersebut juga berfungsi menangkal zat radikal bebas penyebab kerosakan rambut. Kandungan linoleic acid yang ada dalam minyak zaitun juga dapat menjaga kelembapan rambut kerana ia bersifat mengunci air.

Sapukan minyak zaitun ke kulit kepala dan rambut setelah anda mencuci rambut. Kemudian, rambut dibungkus dengan tuala panas dan biar selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini sangat mudah, selamat, murah dan terbukti berkesan untuk mengatasi masalah rambut bercabang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/