4 Petua Cergaskan Badan

cergaskan badan
cergaskan badan

cergaskan badan

Bagaimanakah caranya anda cergaskan badan? Mengapa kita kerap rasa mengantuk dan letih walaupun setelah kita mendapat waktu tidur yang secukupnya?

Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan kita mudah merasa mengantuk dan tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti seharian seperti kerja di pejabat ataupun mengemas rumah. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk cergaskan badan tanpa membuat kerja yang berat?

Mari kita lihat 4 petua cergaskan badan dengan berkesan seperti dibawah ini :

1. Cergaskan Badan Dengan Diet Pemakanan Yang Seimbang

Jika anda sedang dalam diet, jangan lupa untuk mengambil makanan yang mencukupi untuk badan anda bertenaga sepenuhnya. Jangan biarkan rasa lapar berpanjangan dan sanggup tidak makan semata-mata ingin kurus atau mahu kurangkan berat badan. Cergaskan badan anda yang kekurangan atau zat makanan akan membuatkan tubuh kita tidak bermaya dan rasa letih atau mengantuk.

2. Cergaskan Badan Ambil Sarapan Pagi

Ramai orang yang tidak mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan pada waktu pagi, tetapi sarapan sebenarnya sangat penting untuk memberi tenaga kepada kita seawal pagi untuk melakukan aktiviti seharian. Kita juga boleh menghilangkan rasa lapar dengan bersarapan pagi. Jika kita rasa lapar, badan kita akan mudah rasa letih dan menyebabkan kita mengantuk dan boleh tertidur.

3. Cergaskan Badan Dengan Bersukan, Bersenam Dan Lakukan Regangan Badan

Melakukan aktiviti sukan seperti bermain bolasepak, futsal, badminton, bola tampar, ping-pong, tennis dan sebagainya boleh menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga.Walaubagaimanapun, jika anda tiada masa untuk bersukan, anda tetap boleh melakukan senaman di rumah atau paling tidak pun melakukan regangan badan bagi membolehkan badan anda rasa lebih selesa.

4. Cergaskan Badan Dengan Tidur Secukupnya

Salah satu punca utama kenapa kita selalu rasa mengantuk dan letih ialah disebabkan tidak mendapat tidur yang secukupnya. Kurang tidur menyebabkan badan kita tidak bertenaga sepenuhnya dan menyebabkan kita kurang bermaya dan rasa mengantuk apabila melakukan aktiviti seharian.
Untuk orang dewasa cergaskan badan memerlukan 6 hingga 8 jam sehari waktu tidur yang cukup untuk menjadikan mereka lebih bersemangat apabila bangun dari tidur dan melakukan aktiviti seharian.

Di atas ini adalah empat petua cara cergaskan badan yang letih dan mengantuk yang boleh anda praktikkan. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap hari demi kecergasan badan anda dalam melakukan aktiviti seharian.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/