4 Petua Hilangkan Bau Durian

Petua Hilangkan Bau Durian
Petua Hilangkan Bau Durian

Petua Hilangkan Bau Durian

So, ini ada sedikit petua hilangkan bau durian. Skang ni musim durian kan.. hmmm… admin PB daripada minggu lepas lagi dah pekena durian nie.. Buah durian memang terbaiiiiik! Tapi yg jadi masalahnya ialah baunya betol tak…?

Sesetengah orang sukakan baunya dan kalau boleh dibiarkan aje bau tu sampai beberapa hari. Bagi yang lain pula, makan durian memang sedap, tapi kalau dah beberapa jam masih terhidu bau durian tuh boleh pening dibuatnya.  Apatah lagi kalau kita simpan durian tuh di dalam bonet kereta, misalnya… fuh… mau berhari-hari baunya tak hilang.

Petua hilangkan bau durian pada mulut dan tangan

Bagi yg makan durian time lunch di pejabat (manalah tahu kan..) pas tu nak kena jumpa client ker atau ada meeting ngan bos ker, tentu kelam kabut nak menghilangkan bau.  Bau durian nie memang kuat dan selalunya kalau cuci ngan sabun pun belum tentu hilang.  Jangan khuatir, cuba petua nih untuk menghilangkan bau durian pada tangan anda selepas makan durian.

Lepas habis makan jangan buang terus kulit durian tuh. Basuh tangan anda dengan melalukan air pada bahagian ulas durian dulu, lepas tu tadah tangan sambil mengosok sampai bersih. Pastikan aliran air itu perlahan dan cuci tangan anda sehingga hilang bau durian itu. Anda boleh juga berkumur menggunakan air tersebut.

ATAU

Cukup gosokkan tangan pada bahagian ulas dalam kulit durian dan kemudian bilas dengan sabun.

Cuba cium tangan anda, pasti (In Shaa Allah) bau durian dah tak ada dah.

Petua hilangkan bau durian dalam kereta atau dalam rumah

Boleh cuba salah satu daripada beberapa petua berikut. Kalau nak cepat atau hasilnya mantap, cuba buat semua skali.. ahak..ahak..

1. Kopi Panas

Bancuh kopi panas satu gelas. Letakkan dalam bonet kereta dan tutup. Aroma dari kopi akan menghilangkan bau durian itu dalam 15 minit jer..

2. Cuka

Letakkan semangkuk cuka dalam bilik atau bonet kereta tadi. Bau cuka akan menyerap bau durian.

3. Roti Putih

Letakkan beberapa keping roti potong yang jenis putih tu (roti Gardenia bukan roti canai yer) dalam bonet. Biarkan selama sehari dua. Roti putih akan menyerap segala bau kurang enak kat dalam ruang simpanan tersebut.

4. Arang

Kalau sayang nak letak roti, gunakan alternatif ini.  Letakkan arang dan biarkan beberapa hari. Bau durian akan diserap oleh arang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/