4 Petua Hilangkan Daki

Petua Hilangkan Daki
Petua Hilangkan Daki

Petua Hilangkan Daki

Daki merupakan kotoran yang sudah menimbun dan bercampur dengan peluh. Kulit yang berdaki biasanya akan berwarna kehitaman dan nampak kusam. Antara bahagian kulit yang berdaki biasanya terdapat pada lipatan ketiak, lutut, lipatan paha dalam, dan leher. Daki sememangnya tidak akan hilang dengan mudah meskipun anda kerap mandi. Daki membuatkan kulit anda menjadi kusam dan kering.

Setiap orang yang aktif mempunyai masalah daki akibat daripada berpeluh dan aktiviti senaman yang menyebabkan berlakunya daki di celah-celah leher, dan juga pelipat kaki dan tangan. Ada orang yang mengalami masalah cepat berdaki dan sukar untuk mengatasi masalah daki pada badan. Oleh itu admin ingin kongsikan beberapa petua cara untuk atasi dan hilangkan daki pada tubuh badan anda. Semoga ianya bermanfaat.

Berikut beberapa cara menghilangkan daki yang boleh anda praktikkan seperti yang tertera dibawah ini.

1. Limau Nipis

Rasa masam yang pekat pada limau nipis boleh dijadikan senjata berkesan untuk menghilangkan daki. Belah buah limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian disapu dan digosok pada bahagian kulit yang berdaki. Pastikan tidak ada sebarang luka pada kulit kerana rasanya sangat pedih apabila terkena perahan air limau nipis tersebut.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi daki yang melekat. Cara membuatnya juga sangat mudah, ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang sudah disangrai dan telah ditumbuk halus. Anda boleh juga meletakkan beberapa titik perahan limau nipis. Setelah itu, sapukan pada bahagian kulit yang berdaki.

3. Menjaga Kebersihan Tubuh

Menjaga kebersihan tubuh sangat penting jika anda ingin memiliki kulit yang bersih. Mandi dua atau tiga kali sehari dapat mencegah timbunan kekotoran yang menyebabkan ianya melekat pada tubuh.

4. Serbuk Kopi

Bagi anda yang menggemari kopi, boleh ambil sedikit serbuk kopi anda untuk menghilangkan daki yang melekat pada tubuh. Serbuk kopi boleh dijadikan sebagai skru. Ambil beberapa sudu serbuk kopi, dan gosoklah pada kulit yang berdaki. Jangan dah lepas gosok pada tempat daki tadi tu anda gunakan pula serbuk kopi untuk buat air kopi… Hehehe

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/