4 Petua Rawat Rambut Rosak

Rawat Rambut Rosak
Rawat Rambut Rosak

Rawat Rambut Rosak

Rambut rosak akibat daripada terlalu obses menggayakan rambut dengan selalu mewarnakan rambut di salon dan juga menggunakan produk yang tidak serasi dengan rambut antara penyebab utama rambut rosak. Selain faktor umur yang semakin meningkat dan masalah keguguran rambut, rambut rosak menjadi igauan ngeri kepada mereka yang mengutamakan penampilan diri untuk berdepan dengan klien sekaligus menyebabkan hilang keyakinan diri.

Produk penjagaan rambut yang tersedia di pasaran mungkin dapat menyelesaikan masalah rambut rosak yang anda hadapi, tetapi harganya boleh membuatkan berfikir dua kali untuk membelinya. Apabila difikir semula, mengapa anda perlu berhabis ratusan ringgit untuk dapatkan kembali rambut yang menawan sedangkan admin PB ada penyelesaian untuk masalah rambut rosak ini.

Mari admin kongsikan 4 tips di bawah ini mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah rambut rosak.

1. Kulit Kepala Kering dan Berkelemumur

Tumbuk panadol ataupun pil ubat-ubatan yang keras di rumah dan campurkan dengan syampu anda. Ketulan pil tersebut mampu bertindak sebagai skrub yang boleh membersihkan kulit kepala ketika anda mencuci rambut.

506283131_XS

2. Rambut Nipis

Bukan semua orang dikurniakan rambut yang lebat. Tetapi ada caranya untuk anda menutup kelemahan itu. Kanji yang anda gunakan untuk baju boleh digunakan untuk memberikan volume kepada rambut anda secara semulajadi. Semburkan kanji ke bahagian akar rambut yang kering dan ia akan memberikan tekstur kepada rambut anda yang mampu menaikkan rambut dari akarnya.

young brunette girl doing hairstyle with flat iron - isolated on white

 

3. Hujung Rambut Bercabang dan Kusut

Campurkan ekstrak agar-agar yang tidak berperisa bersama dengan segelas air dan satu sudu cuka epal. Urut kepala dengan campuran ini ketika anda sedang mencuci rambut dan biarkan selama 5 sehingga ke 15 minit. Petua ini sangat popular di Mexico kerana keberkesanannya merawat rambut kusut dan bercabang.

Repair-Damaged-Hair1

4. Rambut Rosak Akibat Pendandan

Sekiranya anda kerap meluruskan rambut atau mendandan menggunakan pendandan rambut, haba yang terkena ke atas permukaan rambut boleh merosakkannya. Di Jamaica, rata-rata wanita menggunakan kaktus untuk melawan kerosakan rambut yang dialami. Potong kaktus, ambil minyaknya dan campurkan dengan syampu anda ketika mencuci rambut. Ia mampu memberikan kelembapan semulajadi kepada mahkota anda.

Damaged-Hair-Treatment

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/