4 Posisi Jimak Kuruskan Badan

Posisi Jimak

Posisi Jimak

Posisi Jimak

Tahukah anda terdapat teknikĀ posisi jimak atau posisi seks yang dapat membantu anda membakar lemak dan kalori ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tiada masa untuk ke gym atau pun bersenam bersenam? Bagaimana kalau anda boleh turun berat badan ketika melakukan hubungan seks bersama suami?

Melakukan hubungan intim dengan teknik posisi jimak yang betul boleh membantu dalam membakar kalori dalam tubuh badan. Segalanya bergantung kepada posisi jimak yang dikatakan mampu untuk memberi kesan pada fizikal tubuh. Dipercayai ada beberapa posisi jimak yang dapat membantu tetapi bergantung kepada kesesuaian anda dan pasangan kerana ia bergantung kepada keselesaan serta amalan gaya hidup setiap pasangan. Jika tidak sesuai, jadikan info ini sebagai maklumat tambahan.

Mari kita lihat 4 posisi jimak kuruskan badan yang boleh anda dan pasangan pratikkan ketika beraksi di atas ranjang :

1. Posisi Jimak Berdiri

Posisi jimak ini ternyata agak mencabar kerana suami memerlukan tenaga yang lebih untuk mengangkat isteri sepenuhnya. Lakukan pada kedudukan suami dan isteri berhadapan satu sama lain. Suami perlu mengimbangi isteri dengan sepenuhnya serta isteri perlukan kekuatan yang lebih untuk berpaut sepenuhnya pada tubuh suami. Posisi ini mampu memberikan stamina dan mengurangkan berat badan pada kedua-duanya sama ada isteri atau pun suami.

2. Posisi Jimak Lama (Diperbaharui)

Ternyata posisi jimak yang sudah usang di dalam buku intimasi sangat efektif dalam memberikan punggung yang mantap. Isteri dalam kedudukan baring dan postur kaki menegak ke langit manakala suami dalam kedudukan melutut mengikut paras ketinggian tubuh isteri. Apabila isteri menegakkan kakinya pelvik akan turut berada sedikit lebih tinggi dengan posisi ini yang mana tulang belakang turut menegak.

3. Posisi JimakĀ Cowgirl

Posisi jimak ini seakan menunggang kuda dianggap sebagai salah satu senaman yang di mana bahagian bawah badan wanita mendapat pendedahan maksimum. Punggung akan turut sama bersenam dalam memberikan bentuk yang lebih cantik dan padat. Untuk menambah lagi keseronokkan dan peluh, lakukan squat di atas tubuh badan suami anda dan seimbangkan tubuh anda di bahagian badan atas dan jadikan ia sebagai satu senaman yang seksi.

4. Posisi Jimak Lotus

Satu posisi jimak yang sangat memberikan kehangatan peluh adalah posisi lotus. Posisi ini dilakukan dengan kedudukan di mana isteri duduk di atas riba suami serta berhadapan dengannya. Suami turut sama dalam kedudukan duduk. Tatkala kalian bersedudukan dengan menghayati ritma ketika sesi intimasi, punggung dan paha akan mendapat senaman yang maksimum.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/