7 Punca Lelaki Mandul

Lelaki Mandul
Lelaki Mandul

Lelaki Mandul

Lelaki mandul adalah salah satu sebab mengapa isteri anda masih tidak mengandung walaupun sudah banyak kali ikhtiar dan usaha dilakukan. Bercakap soal isu mandul adalah perkara yang sangat sensitif. Masing-masing akan cuba menafikan bahawa mereka itu sebenarnya mandul oleh kerana perasaan ego yang tinggi terutama sekali lelaki.

Lelaki mandul akan cuba mengalihkan perhatian dengan bercakap soal rezeki dan kuasa Tuhan antara sebab utama mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun pahit untuk diterima tetapi itulah kenyataan yang harus ditelan oleh lelaki mandul ini.

Bertenang… admin tidak menyalahkan kaum lelaki 100% di dalam hal punca lelaki mandul ini sebaliknya sebanyak 40% masalah lelaki mandul disebabkan oleh kualiti sperma. Walaupun bunyinya sangat sadis tetapi punca di bawah mungkin boleh membantu anda lebih peka terhadap kesihatan dan masalah sekeliling.

1. Kesihatan

Jika anda seorang perokok tegar, ketahuilah bahawa kandungan kadar nikotin di dalam tubuh akibat tabiat merokok ini boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlah sperma. Memiliki tubuh badan yang gemuk boleh menyebabkan perubahan hormon menjadi tidak normal. Makanan ringan yang tinggi kolesterol ini biasanya mempercepatkan pertambahan berat badan sehingga zat sebenar tidak dapat disalurkan.

Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid merupakan hormon sintetis yang digunakan untuk membentuk tubuh. Sebenarnya ia boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki dan masalah lelaki mandul. Masalah di tempat kerja atau berdepan dengan masalah tekanan boleh menyebabkan anda stres. Tubuh badan yang stres tidak akan mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

2. Kemalangan

Seseorang yang mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya. Jika lambat dirawat, ia akan merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya lalu menjadikan lelaki mandul.

3. Keturunan

Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana ia biasanya disebabkan oleh gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu. Jika anda tergolong masalah lelaki mandul ini, hanya kuasa Tuhan yang boleh membantu.

4. Radiasi

Siapa kata radiasi dari telefon bimbit tidak memberi kesan terhadap kesuburan. Bayangkan jika anda meletakkan telefon di dalam poket seluar, radiasinya boleh mempengaruhi testis. Jika perkara ini dilakukan berterusan, ia boleh mencetuskan disfungsi erektil dan ketidaksuburan pada lelaki.

5. Komputer Riba

Berhati-hati jika anda sedang leka menggunakan komputer riba. Suhu tinggi pada komputer riba boleh menyebabkan testis anda menjadi panas. Ia memberi kesan buruk dan merosak kualiti sperma.

6. Air Panas

Ubah tabiat gemar berendam air panas. Berendam di dalam air panas dapat meningkatkan suhu  testis sehingga merosakkan kualiti sperma dan menjadi punca lelaki mandul tanpa sedar.

7. Seluar Dalam Ketat

Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat boleh membuat suhu pada testis meningkat. Hanya kerana berseluar ketat, ia boleh mengakibatkan jumlah pengeluaran sperma menurun.

EKSTRA TIPS PETUA BAHAGIA :

Tidak ada masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaian. Admin berikan secara ringkas apa yang perlu anda ambil tahu untuk mengatasi masalah lelaki mandul ini.

1. Jalani ujian untuk menentukan kandungan sperma di dalam air mani.

2. Menggunakan kaedah persenyawaan bayi tabung uji atau Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI).

3. Pengambilan makanan tambahan yang disyorkan seperti Vitamin C, vitamin E serta zink.

4. Menjalani gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan sentiasa bersenam untuk mengekalkan berat badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/