4 Punca Payudara Kendur

Punca Payudara Kendur
Punca Payudara Kendur

Punca Payudara Kendur

Punca payudara kendur atau ‘sagging breast’, ada banyak faktor, antaranya seperti faktor penuaan atau menopause. Ketika seorang wanita mencapai usia tertentu, payudaranya akan mengendur. Ia adalah sesuatu yang wajar kerana kelenjar susu mengecil, sehingga ada ruang kosong di dalamnya. Payudara adalah sebahagian daripada keindahan dan aset paling berharga seorang wanita.

Jadi, sebab itulah ramai wanita yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata mahu memiliki payudara yang indah, sihat, tegang dan montok. Bahkan, ada di antaranya seakan tidak peduli segala risiko yang bakal menanti di kemudian hari. Perubahan tubuh yang drastik, sehingga lemak di dalam payudara berkurangan turut menjadi salah satu punca payudara kendur. Selain itu, ada yang mengatakan, pemakaian bra, coli atau breast holder  yang tidak tepat merupakan punca payudara kendur terbanyak. Ramai wanita tidak menyedari apa yang terbaik untuk menguatkan lagi keindahan payudara mereka.

Berikut dibawah ini ada beberapa faktor lain yang menjadi punca payudara kendur.

1. Kekurangan Zat

Walaupun pengambilan makanan berzat  lebih berguna untuk menegangkan kulit, tetapi penyakit seperti ‘tuberkulosis’ atau kanser boleh mengakibatkan payudara menjadi kendur, kecil dan lembik boleh muncul akibat kekurangan zat.  Pengambilan sayuran seperti kubis, kacang soya, tempe, susu soya dan bawang putih sangat bagus untuk mencegah kanser payudara.

2. Bra atau Pakaian Dalam Yang Tidak Tepat

Setiap inci tubuh, harus dijaga dengan baik, lebih-lebih lagi payudara. Perlakuan kasar seperti meramas-ramas terlalu kuat, penggunaan bra yang tidak tepat dengan saiz payudara, terlalu kecil sehingga membuatkan payudara tersepit  juga bukan sahaja menyebabkan payudara tidak sihat. Malahan turut menjadi punca payudara kendur dan lembik.

3. Setelah Bersalin & Menyusui Bayi

Ukuran payudara semakin berkembang seiring dengan usia kehamilan. Membesarnya payudara membuat massanya bertambah. Akibatnya, tarikan ke bawah (melorot) semakin kuat.

4. Tidak Ada Alat Penyokong

Membiasakan diri tanpa memakai bra atau baju dalam akan menyebabkan payudara menjadi kendur. Apatah lagi, jika payudara anda tergolong dalam saiz yang besar. Selain itu, sama juga seperti para ibu yang menyusui bayinya, massa payudara mempengaruhi tarikan graviti.

Semakin besar massa, semakin besar juga daya tarikan gravitinya. Apatah lagi, jika payudara selalu ‘bergoyang’, khususnya pada para atlet. Di samping itu, tidur mengiring tanpa memakai bra juga boleh membuatkan payudara menjadi kendur. Berbeza dengan tidur telentang, kerana payudara di sokong oleh tubuh.

Info Ekstra Petua Bahagia

Besar atau kecil saiz payudara memang relatif, ukurannya tidak sama pada setiap wanita. Ada yang merasakan, payudara yang besar nampak lebih sempurna, sedangkan apalah gunanya semua itu jika ia tidak sihat dan indah terawat agar bebas daripada kanser.

Cara Menjaga Kesihatan Payudara ;

1. Kenakan bra untuk menjaga bentuk payudara agar tetap indah. Pilih saiz bra yang sesuai agar dapat menopang payudara dengan baik.

2.  Bersihkan secara rutin sekitar kawasan puting dengan kapas yang dibasahi air suam.

3. Sapukan minyak zaitun pada payudara untuk menjaga kelembapannya. Lakukan urutan ringan dengan gerakan lembut.

4. Lakukan senaman ringan dengan fokus untuk memperkuatkan otot dada.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/