4 Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Rahsia Tapak Tangan Lelaki
Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Adakah anda merasa bimbang dan gusar dengan identiti  dan latar belakang lelaki yang baru anda kenali? Kini cukup hanya meneliti rahsia tapak tangan lelaki yang baru anda kenali dan tidak perlu runsing memikirkan tentang si dia. Atau anda masih was-was dengan hubungan yang baru dijalinkan bersama?

Masih tidak percaya pada si dia yang bersungguh-sungguh mengenali anda? Itu antara dilema wanita setiapkali baru menjalinkan hubungan serius dengan lelaki. “Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah tapak tangan kanannya,” ujar Marion Gale, penulis buku Read His Hands, Know His Heart.

Antara 4 rahsia tapak tangan lelaki yang perlu anda ketahui adalah :

1. Air Hand

Lelaki ini memiliki tapak tangan berbentuk bujur dan jari yang panjang. Mereka mudah mempelari sesuatu yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti pengembaraan sama ada di dalam atau luar negara. Lelaki jenis ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya. Hanya dengan perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada anda!

2. Fire Hand

Tapak tangan lelaki jenis ‘fire hand’ ini berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek adalah lelaki yang cepat gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang panjang. Lelaki ini sangat menyukai perkara yang berbaur tentangan, sehingga dia boleh mengeluarkan tenaga lelakinya. Meskipun dia begitu, lelaki dari jenis ini mempunyai keperibadian yang tinggi dan amat mudah bergaul. Tidak hairanlah jika anda mengetahui dia mempunyai ramai teman baik. Jika anda tidak bersikap “bossy”, anda pasti akan melalui hubungan yang baik bersama dengan dia.

3. Water Hand

Tapak tangan berbentuk panjang, dengan ukuran jarinya juga panjang. Si dia ini tergolong dalam kalangan yang baik hati, sabar dan gemar membaca! Mereka ini sering digelar ulat buku kerana sifatnya itu. Ia juga seorang yang mudah tersenyum dan tenang. Jadi tidak hairanlah, jika lelaki jenis ini sukar ditemui di kelab-kelab malam kerana mereka lebih cenderung kepada suasana yang tenang dan santai.

4. Earth Hand

Sekiranya lelaki yang baru anda kenali mempunyai tapak tangan yang berbentuk bujur, bersama ukuran jari-jemarinya pendek ini menandakan mereka dari golongan earth hand! Lelaki ini lebih kepada sikap yang konservatif dan juga mempunyai pemikiran yang tinggi dalam kestabilan dalam hidup. Kelebihan buat anda kerana si dia ini gemar memasak dan bijak dalam mengubah sesuatu hidangan. Kemungkinan jika anda menemui si dia jenis ini di bandar, mereka biasanya sudah mempunyai kehidupan yang selesa, rumah besar dan kestabilan hidup yang tinggi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/