4 Sayur Bantu Isteri Hamil

Sayur Bantu Isteri Hamil
Sayur Bantu Isteri Hamil

Sayur Bantu Isteri Hamil

Semua sayur ada nutrisi yang tersendiri tapi ada beberapa jenis sayur yang dikatakan membantu mempercepatkan kehamilan. Sayuran ini secara spesifiknya mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur. Pengambilan sayur yang kerap dalam masakan dipercayai mempunyai banyak khasiat di dalam membantu isteri cepat hamil dan mengandung.

Tidak salah untuk suami isteri berusaha dengan mengamalkan pengambilan sayur dalam makanan seharian selain ianya dapat membantu isteri cepat hamil ianya baik untuk kesihatan tubuh badan kerana sayur ini diakui oleh pakar pemakanan sebagai antara makanan yang seimbang. Bagi isteri yang tidak suka makan sayur, tanggungjawab suami adalah memujuk dan memastikan isteri makan sayur dalam menu makanan seharian. Dibimbangi tabiat tidak suka makan sayur ini turun kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.

Bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata, boleh amalkan pengambilan jenis sayur dibawah ini.

4 Jenis sayur bantu isteri cepat hamil adalah :

1. Bayam

Bayam mengandung zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad.

2. Daun Bit

Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.

3. Brokoli

Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal. Kebiasaannya para atlit bina badan yang amalkan pemakanan sihat, sayur brokoli adalah menu utama di dalam hidangan makanan harian mereka kerana khasiat brokoli di dalam diet seseorang itu tidak boleh disangkal lagi.

4. Biji Labu Dan Tiram

Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega 3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita. Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/