4 Sebab Gagal Temuduga

Gagal Temuduga

Gagal Temuduga

Gagal Temuduga

Apakah yang menyebabkan anda gagal temuduga? Adakah kerana anda tidak bersedia ketika ditemuduga, atau adakah jawatan yang dipohon itu tidak sesuai dengan anda, atau adakah sebab anda tidak mengikuti tips yang diberikan untuk pergi ke temuduga, atau adakah anda memang benar-benar tidak layak?

Banyak persoalan yang timbul jika syarikat yang anda pergi untuk temuduga tidak menghubungi anda semula untuk ditawarkan kerja. Itu bermakna anda gagal temuduga dan sudah ada calon yang lebih layak untuk jawatan tersebut. Sudah banyak temuduga yang anda pergi namun tiada satu yang menelefon kembali untuk menawarkan pekerjaan kepada anda. Temuduga berjalan dengan lancar dan anda merasakan anda layak dengan jawatan yang dipohon.

Tetapi mengapa anda masih tidak mendapat pekerjaan? Mari kita lihat 4 sebab di bawah ini mengapa anda gagal dalam temuduga.

1. Tidak Bersedia

Sebelum anda menghadiri temuduga, buat sedikit persediaan awal dari semua segi. Dari segi penampilan, pilih pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan pekerjaan yang dimohon. Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk menjadi seorang pegawai bank, janganlah mengenakan skirt yang terlalu pendek. Pastikan pakaian anda tidak berkedut kerana ia akan menggambarkan anda seorang yang pemalas. Kurangkan aksesori dan ikat rambut dengan kemas. Sediakan salinan resume dan dokumen penting untuk diserahkan kepada mereka yang menemuduga anda.

 2. Akaun Laman Sosial Membosankan

Seseorang tidak dapat menilai sikap anda dengan hanya berjumpa dan berbicara dengan anda ketika temuduga dijalankan. Penyelesaiannya, mereka akan menyiasat dengan menggunakan laman sosial. Mungkin anda akan mengatakan ia tidak profesional, namun cara ini telah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Sekiranya anda kerap meluahkan rasa marah di laman sosial, bersikap negatif terhadap seseorang atau mungkin kerap memulakan pergaduhan di laman sosial, anda bukanlah pilihan utama majikan.

3. Guna Orang Dalam

Mungkin ini tidak diaplikasikan di Malaysia, namun begitu sekiranya anda tinggal di luar negara, penggunaan orang dalam adalah penyebab utama anda tidak mendapat kerja. Menurut soal selidik yang dijalankan oleh Michigan State University, 32 peratus daripada syarikat-syarikat besar tidak akan menerima resume yang dihantar oleh orang dalam. Ada juga syarikat di Malaysia yang tidak menerima pasangan suami isteri atau anak beranak untuk kerja di bawah satu bumbung.

4. Terlalu Menjual Diri

Sememangnya anda digalakkan untuk menjual diri ketika sesi temuduga, tetapi sekiranya anda melebih-lebih, ia akan dianggap seperti anda berlagak pula. Di dalam resume, sekiranya anda menulis sesuatu kemahiran seperti aplikasi grafik yang anda mahir, sekiranya anda hanya tahu rotate gambar menggunakan aplikasi berkenaan, anda sebenarnya masih belum mahir di dalam aplikasi tersebut. Jadi tidak perlulah anda menyenaraikannya di dalam senarai kemahiran anda.

Ini menunjukkan yang anda seorang yang teratur dan sentiasa bersedia. Sekiranya anda tidak berjaya di dalam temuduga, mungkin anda tidak mengkaji latar belakang syarikat tersebut. Sedikit pengetahuan tentang syarikat serta pesaingnya mampu menampakkan minat anda terhadap perniagaan mereka dan kerja yang bakal ditawarkan kepada anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/