4 Sebab Isteri Bosan Di Ranjang

Isteri Bosan
Isteri Bosan

Isteri Bosan

Mengapa isteri bosan di ranjang? Memenuhi tuntutan dan memuaskan isteri adalah tanggungjawab suami dan wajib ditunaikan bukan setakat hanya memberi tempat tinggal dan wang perbelanjaan sahaja. Di sini lah lelaki harus menunjukkan kejantanan dengan aksi-aksi hebat di atas ranjang dan mengelakkan isteri bosan setiap kali ingin melakukan hubungan seks.

Kadang-kadang kaum wanita ni boring jugak nak melayan suami di ranjang. Lebih-lebih lagi jika setelah penat bekerja dan menguruskan rumahtangga, hubungan seks penuh nikmat yang diharapkan dari suami sekadar menjadi biasa dan tidak memuaskan sekaligus menjadikan isteri bosan kerana kepuasan yang diharapkan cuma  di sebelah pihak lelaki sahaja sedangkan wanita hanya menikmati hubungan seks kadang-kadang tak sampai 5 hingga 10 minit.

Berikut di bawah ini ada 4 sebab atau faktor mengapa isteri bosan di ranjang.

Jom kita tengok faktor-faktor yang boleh menyebabkan si isteri  bosan dan jemu untuk melakukan hubungan seks dengan suami.

1. Tiada Posisi Seks Baru

Posisi seks, yang sama setiap kali melakukan hubungan seks sudah pasti akan membosankan. Cubalah posisi-posisi hubungan seks baru untuk mencipta variasi dalam hubungan seks. Mana tahu dalam posisi yang baru ni anda dan isteri akan berasa lebih nikmat dan sedap.

2. Asyik-asyik Lokasi Yang Sama

Lokasi seks yang sama boleh mengurangkan rasa ghairah pada pasangan anda. Kadang-kadang tu cubalah tukar tempat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri. Cubalah bilik mandi, ruang tamu atau tempat-tempat lain yang lebih unik, tapi pastikan anda tidak mengganggu ketenteraman awam.

3. Tindakan Suami Sudah Dijangka

Apabila selalu dihadapkan dengan benda yang sama, manusia akan menjadi bosan. Begitu juga si isteri. Oleh itu suami perlu mencuba perkara baru untuk memberikan elemen “suprise” kepada isteri untuk elakkan isteri bosan.

4. Terlalu Kerap

Berbeza dengan kaum lelaki, kebanyakkan wanita percaya hubungan seks tanpa kemahuan adalah sangat membosankan. Kekerapan mengadakan hubungan seks juga menyebabkan isteri akan berasa teramat bosan, dan kadang-kala akan menyebabkan beliau berasa seperti dipergunakan. Oleh itu suami harus bijak mengatur jadual untuk melakukan hubungan seks dengan isteri.

Dengan faktor-faktor yang membuatkan isteri bosan di ranjang ini telah anda ketahui, sekarang anda harus cuba membuatkan hubungan seks bersama isteri anda lebih menyeronokkan dan lebih nikmat. Isteri juga harus sama-sama memainkan peranan untuk mencapai kebahagiaan bersama dalam hubungan seks.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/