4 Sebab Isteri Tolak Seks

Isteri Tolak Seks
Isteri Tolak Seks

Isteri Tolak Seks

Jika isteri tolak seks, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran dia. Anda perlu segera ambil tahu dan selesaikan masalah ini dengan segera jika anda mahu hubungan anda berdua berkekalan.

Anda boleh gunakan maklumat yang bakal diberi di dalam artikel ini untuk kenal pasti masalah mengapa isteri tolak seks. Dari punca masalah, anda boleh pujuk isteri anda untuk atasinya. Berikut adalah empat sebab yang mungkin mempengaruhi isteri tolak seks anda.

1. Masalah Luar

Isteri tolak seks dari anda mungkin di sebabkan dia takde mood. Mungkin dia ada pergaduhan di tempat kerja atau tertekan dengan masalah hidupnya. Wanita suka berfikir dan jika fikiran mereka serabut, mereka pasti tidak ada mood untuk adakan hubungan seks.

2. Faktor Biologi

Apabila isteri anda baru melahirkan anak atau sedang mengandung atau memasuki umur pra menopaus atau sakit, rembesan hormon adalah berbeza dari kadar normal. Jadi, mereka tidak ada mood untuk adakan hubungan seks. Sebagai suami anda harus ada sikap tolak ansur dan memahami keadaan isteri kerana isteri tolak seks bukan sengaja jika keadaan kesihatannya normal dan tak terganggu pasti isteri akan melakukannya dengan kerelaan hatinya.

3. Takut

Psikologi sentiasa memainkan peranan yang penting pada wanita. Jika mereka takut, mereka tidak akan lakukannya. Segelintir wanita takut jika hubungan seks adalah sangat menyakitkan dan dapat memberikan impak fobia.

Ada juga yang takut untuk mempunyai anak dan mereka rasa mereka tidak bersedia untuk rasa kesakitan melahirkan anak. Perasaan takut ini membuatkan mereka menolak ajakan anda untuk berhubungan seksual.

4. Pandangan Yang Negatif

Ada wanita yang tidak suka berhubungan dengan pasangannya kerana mereka jijik dengan aktiviti seks. Mereka malu melihat kemaluan pasangan dan tidak mahu kemaluan mereka disentuh oleh lelaki. Perasaan negatif ini akan mempengaruhi mereka untuk menolak pelawaan seks dari si suami.

Keempat–empat sebab di atas adalah penyebab utama kenapa isteri tolak seks anda. Anda harus ajak isteri berbincang untuk atasilah masalah yang timbul menggunakan kebijaksanaan anda. Jangan biarkan isteri atau anda memendam rasa berusaha untuk merawat dan mengembalikan keghairahan hubungan seks anda berdua ketika mula berkahwin dulu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/