4 Sebab Lelaki Tolak Seks

Suami Tolak Seks
Suami Tolak Seks

Suami Tolak Seks

Dalam hubungan suami isteri jarang kita dengar lelaki tolak seks jika isteri memberikan mengajak atau memberikan hint. Kebiasaannya lelaki akan mengajak isteri untuk melakukan hubungan seks dan melakukan godaan ke atas isteri hingga ke ranjang. Lelaki tolak seks disebabkan beberapa punca yang sememangnya terus ‘membunuh’ nafsu seks suami pada malam tersebut.

Mungkin sukar untuk dipercayai tetapi ada masanya lelaki akan tolak seks atau katakan tidak untuk seks. Tapi itulah kenyataannya. Mungkin suami anda mempunyai masalah yang tertera di bawah ini menyebabkan dia tolak seks.

1. Anda yang Terlalu Gopoh

Suami baru sahaja pulang ke rumah, tidak habis lagi penatnya anda sudah mula menggodanya ajak untuk melakukan hubungan seks. Ataupun anda memulakan langkah ketika suami sedang menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya. Jangan terlalu gopoh kerana ia boleh mematikan nafsu seks pasangan anda dan pasti akan mengecewakan anda juga apabila si dia tolak seks dengan mengatakan tidak untuk melakukannya pada malam tersebut.

2. Kemurungan

Menurut kajian, ‘pembunuh’ utama nafsu seks lelaki adalah kemurungan. Cuba perhatikan mood suami sekiranya dia tolak seks mengatakan tidak kepada anda. Mungkin ada sesuatu yang merunsingkannya atau membuatnya murung. Cuba fahaminya dengan komunikasi kerana cara ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung di kepalanya.

3. Menopaus

Setelah seseorang lelaki itu mencecah umur 40 tahun, hormon testosteron yang dihasilkan mereka telah berkurangan. Lelaki di dalam lingkungan umur ini mengatakan tidak kepada seks atau tolak seks kerana sedang melalui proses menopaus. Sebagai isteri anda perlu beri masa kepadanya dan jangan begitu memaksa kerana bimbang suami anda akan hilang keyakinan diri untuk bersama kelak.

4. Gila Kerja

Suami yang selalu pulang lewat kerana kerja yang tidak pernah habis di pejabat akan kerap mengatakan tidak kepada seks atau tolak seks. Penat bekerja seharian membuatkan pasangan pulang ke rumah hanya untuk berehat dan tidak berminat untuk bersama. Walaupun pada hujung minggu, si dia masih memikirkan hal kerja dan tekanan ini membunuh nafsu seksnya. Cuba berbincang dengannya mengenai hal ini. Mungkin anda berdua perlu bercuti jauh untuk mengalihkan perhatiannya daripada kerja.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/