4 Situasi Isteri Bergaji Besar

Isteri Bergaji Besar
Isteri Bergaji Besar

Isteri Bergaji Besar

Isteri bergaji besar dan suami pula hanya bergaji kecil adalah sesuatu yang bukan lagi menjadi perkara luar biasa di dalam masyarakat kita. Isteri yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi pastinya perlu bekerja dan mendapatkan apa yang selayaknya dia dapat dengan taraf pendidikan yang ada pada dirinya.

Niat isteri yang bergaji besar adalah untuk membantu meringankan kerja suami di dalam mencari nafkah dan rezeki. Namun bukanlah mata pencarian nafkah itu terletak pada bahu isteri ini dan suami jangan cuba ambil kesempatan dengan tidak memberi nafkah kepada isteri. Walaupun isteri bekerja dan bergaji besar, suami tetap diwajibkan memberi nafkah kepada isteri.

Zaman sekarang, kos sara hidup di bandar makin meningkat. Jika isteri tidak bekerja dan membantu suami menyara kehidupan, alamatnya makan pasir sahaja. Inisiatif isteri bekerja dengan pendapatan bergaji besar di sesebuah syarikat dapat membantu keluarga adalah sangat diharapkan oleh suami. Tapi, apabila si isteri bergaji lebih besar dari suami pula akan mendatangkan isu yang kurang senang dalam rumahtangga.

Mari kita lihat 4 situasi isteri bergaji besar baik dari sudut kebaikan dan juga keburukannya di dalam rumahtangga.

1. Membantu Suami

Apabila si isteri bergaji besar, dapatlah dia membantu meringankan tanggungan suami menyara keluarga. Almaklumlah kos sara hidup sekarang ini makin meningkat, jadi suami tentu gembira bila isteri boleh sama-sama membantu menyara keluarga demi keharmonian dan keselesaan mahligai yang dibina.

2. Berdikari

Kebiasaannya isteri yang bergaji besar ini lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami. Bila isteri berdikari, kepala suami pula tidak serabut. Namun harus diingat, suami bila isteri dah pandai berdikari janganlah semua urusan yang melibatkan perbelanjaan barang dapur ditinggal bulat-bulat kepada isteri. Suami harus bersama-sama isteri mengawal dan menguruskan kewangan apabila pergi berbelanja.

3. Queen Control

Ini adalah keburukan bila isteri bergaji besar. Hal ini tidak mustahil berlaku, bila isteri bergaji besar, sudah tentu wang isteri yang banyak berbelanja untuk keluarga. Apabila hal ini berlaku, isteri akan rasa berkuasa dan mula jadi queen controlĀ kadang-kadang isteri juga terlepas cakap dengan mengungkit segala pemberiannya apabila tengah marah. Situasi ini akan menyebabkan suami rasa tercabar dengan perangai isteri sebegini.

4. Maruah

Bagi keluarga yang ambil kisah hal ini, mulalah ada kata-kata yang tak sedap didengar. Maruah si suami mungkin akan sedikit tercalar membuatkan suami berasa rendah diri dan tidak selesa akan keadaan ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/